Aku banyak menerima kritikan dari rakan-rakan dari kem United Malayan Nation Organisation yang menghentam aku setelah membaca entry 'Aku Gelak' yang lepas.. bukan main marah lagi mereka.. Melenting..? Panas??? Aku rasa sikit jer aku cuit emosi fanatik mereka terhadap pemimpin United Malayan Nation mereka, yang berhajat nak menjarah negeri kesayangan aku sekali lagi...
Perhatian! Aku bukan orang politik! Aku jugak sebenarnya kurang berminat tentang politik, aku cuma obses tentang hak kesaksamaan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan. Maknanya yang dah ada dalam perlembagaan negara sekarang lebih tepat lagi yang sudah termaktub adalah sesuatu yang tidak boleh diubah walau siapa pon yang memerintah bumi bertuah ini. Hak kesaksamaan yang bagaimana??? Hak di mana kaum lain boleh berniaga dengan jayanya, perniagaan tidak hanya dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Hak dimana kaum India juga boleh memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Hak di mana kaum Melayu juga boleh memegang jawatan lebih tinggi dalam syarikat milik kaum Cina. Ini semua kesamarataan yang dianjurkan oleh Islam sendiri- Keadilan dan tiada pilih kasih! Bak kata bekas boss aku yang berbangsa Cina, '..you boleh bekerja dengan rajin dan maju, you boleh naik, u malas and kaki bodek, u duduk belakang..' dan dia memang mementingkan matlamat syarikat berbanding menaikkan kaum kerabat sendiri.. aku respect!
Aku ingin sangat nak ingatkan balik rakan2 dalam kem United Malayan bahawa corak pengasingan begini adalah corak yang ditinggalkan penjajah Inggeris! Sia-sia sahaja perjuangan Dato Bahaman, Tok Janggut, dan mereka2 yang berjuang menentang baruah2 penjajah jika kita masih lagi mahu mengikut corak pentadbiran sebegini.. Come on friends.. dah 50 lebih tahun kita merdeka... Inggeris buat begini kerana takut bangsa Tanah Melayu bersatu menentang mereka..
Dan yang aku paling menyampah sekali tentang United Malayan nie adalah gelagat pemimpin-pemimpin mereka yang tak habis-habis nak memperbodohkan bangsa sendiri demi tampok kuasa yang menjanjikan AP, kontrak yang dari sebesar2 sungai hinggakan sekecil-kecil longkang, hasil bumi dari semahal-mahal emas hinggakan debu-debu pasir.. asalkan duit boleh masuk poket, semua boleh jadi halal..
Kita lupa bagaimana kepercayaan yang di beri oleh bangsa lain kepada United Malayan selama 50 tahun mentadbir negara menjanjikan ketirisan berbilion ringgit duit rakyat yang ntah kemana perginya. Hasil bumi yang dilonggokkan oleh proxy kerajaan seperti Petronas, Felda, dsb tidak dikembalikan kepada yang hak menerimanya. Milik rakyat sepatutnya menjadi milik rakyat, bukan milik kroni! Kontrak bernilai 1 billion adalah 1 billion nilainya, bukan 4 billion!!! Kenapa aku sebutkan begini?? Sebabnya apabila kontrak bernilai 1 billion menjadi 4 billion, maka subsidi yang sepatutnya kembali kepada rakyat tidak menjadi yang sepatutnya..Itu baru nilai satu kontrak, bayangkan berapa banyak kontrak yang dikeluarkan kerajaan United Malayan saban tahun kepada kroni2 dan anak pinak mereka..??
Kalau nak kata aku marah, memang aku marah..! Keluarlah rakan2 aku dalam kem United Malayan.. dan lihat sebuah keluarga yang terpaksa berlapar kerana bilangan anak yang ramai, ayahnya terpaksa mencari rezeki hingga lewat malam untuk memenuhi keperluan harian.. Aku sebutkan KEPERLUAN bukan KEMEWAHAN! Dengan harga barang yang meningkat, kos sara hidup yang semakin tinggi, rasa-rasanya kerja 24 jam sehari pon belum tentu mewah. Lihatlah kemewahan kroni-kroni dan pemimpin-pemimpin United Malayan.. hanya beberapa tahun berkuasa mereka mampu membina istana, mampu ber'itu' dan ber'ini'.. makanan mereka lazat2 tanpa mereka sesekali merenung masa depan anak bangsa yang masih lagi hidup dalam kesusahan....
Cerita banyak pon tak guna, kalau dah pekat ke'Umno'an nya, kita tunjuk gajah pon dia kata 'keris'. Tunjuk borang nikah pon dia ingat borang AP. Buang masa!
Aku ingatkan sekali lagi, aku bukan anti United Malayan, dan aku juga bukan penyokong tegar Pakatan Rakyat, cuma aku mahu pemimpin Islam Melayu ini lebih berintegriti, berakhlak mulia, melakukan sesuatu yang diamanahkan dengan ikhlas, bukan sebab nak kaya.. ramai dah yang kaya dari puak mereka... Lepas ni kalau jatuh lagi beberapa negeri ke tangan Pakatan Rakyat, jangan salahkan Melayu! Jangan tunding jari kat Cina! Jangan 'cebek' bibir kat India! Tunjal dahi korang sendiri sebab sikap gila kuasa dan tamak haloba yang korang amalkan sejak 50 tahun dulu yang tunjukkan jalan ke kubur politik korang sendiri.
Aku Gelak 2!
Wednesday, August 4, 2010
Posted by Emmed at 7:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment