Berjalan menelusuri bazar Ramadhan membuatkan aku 'pana' pada setiap rupa paras makanan yang menyelerakan, namun aku selalunya terkedu dengan 2 jenis makanan rasmi bulan Ramadhan (jika di Lembah Klang) iaitu Murtabak dan Popia, tidak kira samada Popia kering atau basah. Aku akan beli walaupun aku tak pernah merasa keenakkan makanan di gerai tersebut sebelum ini.
Ternyata setelah hampir setengah bulan berpuasa, aku masih lagi tidak menemui rentak kelazatan murtabak dan popia yang dijual di bazar Ramadhan yang aku telusuri setakat ini. Aku termenung panjang petang tadi, mengenangkan bagaimana rasa kedua2 jenis makanan ini begitu hampir sama walaupun dijual oleh peniaga yang berbeza. Tiada yang menarik langsung atau pun lain dari rasa yang lain.
Sudahnya aku menghidupkan enjin kereta dan menghala ke salah sebuah restoran mamak di Puchong Saujana. Aku membeli sekeping murtabak dengan harga RM6 dan nyata aku mula hampir mendapat rentak keenakkan murtabak sebenar. Penuh dengan inti daging, kulitnya yang garing dan mantap, tiada rasa hanyir telur dan tidak juga penuh dengan rasa bawang dan ubi kentang sepertimana murtabak-murtabak yang dijual di pasar ramadhan.
Aku mohon maaf kepada peniaga2 murtabak di pasar ramadhan, bukan niat untuk memperkecilkan usaha kalian semua, tapi itu yang berlaku kepada aku hari ini. Buktinya, selepas solat terawikh tadi, aku hidangkan 2 jenis murtabak 'balance' buka puasa tadi di hadapan rakan2 aku yang datang melepak. Murtabak daging yang di beli di kedai mamak habis licin di pinggan, namun murtabak pasar ramadhan yang aku beli tidak langsung dicuit oleh mereka. Sehinggalah seorang demi seorang angkat kaki, dan tinggal aku seorang mengadap murtabak tersebut dengan hati yang sayu.
Tak aku nafikan dari segi harga memang terlalu jauh untuk dibezakan. Tapi itulah nilai wang, yang lebih akan terasa manisnya gula, yang kurang setakat itulah rasanya tepung, bawang dan telur yang ada dalam murtabak tersebut. Nilai wang itu adakalanya menentukan kualiti sesuatu objek.
Di sebalik rasa cerewet tu insaf jugak, sebab masih ada yang berlapar di luar sana tatkala orang lain berbuka dengan makanan yang enak2 manakala mereka sudah cukup nikmat denga air sejuk dan roti buku buat alas perut untuk meneruskan urusan dan ibadat seharian... 'pana' aku sekali lagi...
Murtabak
Thursday, August 26, 2010
Posted by Emmed at 10:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment