Kopi O & Ubi Rebus..

Tuesday, September 21, 2010

October 2009, Nurnberg-Germany

Sedang aku lunch dengan team member yang sama2 bekerja di sini, tiba-tiba sekumpulan pekerja laen berbangsa Eropah yang sedang asyik berbual meluru ke arah dinding cermin yang menampakkan keadaan di luar bangunan... Mereka kelihatan seronok yang amat sangat bercampur perasaan keliru, musykil, dan agak berkerut kehairanan bila melihat salji turun secara tiba-tiba.

Aku dgn team member laen lagi la seronok.. tapi kitorang control nak sorok perasaan asia kat bangsa eropah nie, asyik rasa hujan jer kat M'sia, sebulan kat sini, merasa jugak tgk salji... tapi yang kami musykil kenapa diorang yang dah lama kat sini macam tak pernah tengok salji jer gayanya. Aku bertambah musykil bila kawan2 aku yang laen pulak nampak 'cool' walaupun tak pernah tgk saji sebelum nie..

Petang tu selepas meeting dengan project team, aku dgn geng jahat sempat singgah minum kat satu coffe shop di Hobbahnhouf, kitorang lepak kat luar bawah canopy. Aku order hot chocolate dengan milk bun.. bagak, taufique dgn saiful makan donut... sambil minum coklat panas tu, aku pun menyalakan rokok, layan stim tgh sejuk sbb salji turun dari tgh hari lagi. Kalau kat Kg. Pasir ni, dah tentu2 stim layan ubi rebus cicah kelapa campur gula dgn kopi o panas.

Aku tgk waitress mat saleh ni selamba jer dgn skirt pendek keluar masuk coffe shop tu melayan tetamu di bawah canopy. Terpikir jugak aku, tak sejuk ke budak MILF nie??? Bila tiba nak bayar, dia dtg menghulurkan bil. Aku terkesima bila dia dgn selamba menggosok2 pehanya yang putih melepak tu. Nak menahan sejuk gamaknya.. bagak dgn selamba bertanya, ..

Ich fühle mich kalt?? dalam loghat Kampung Ladang Tebu..

yang membawa maksud, 'tak sejuk ker'?? MILF ni pon jawab,

'.. Es ist sicherlich mein kühles, aber nicht bereit, wie dem Wetter, weil der Schnee nicht in die umstrittene Oktober ..'

(dah tentu la sejuk, tapi tak sedia dengan cuaca begini, sebab salji tak pernah turun di Nurnberg bulan October..)

Sekali lagi aku terkesima denga peha MILF ni bila dia gosok2 peha dia betul2 sebelah aku.. lebih terkesima lagi, jawapan MILF ni sedikit sebanyak jugak menjawab kekeliruan dan persoalan kenapa kumpulan eropah tadi begitu teruja bila melihat salji mula2 turun tgh hari tadi..

Itu Dulu................

Sunday, August 29, 2010

Jln Tun Razak 2000

Satu pagi tu aku cam biasa meranduk panas pagi dalam pukul 8.. rasanya.. untuk ke bus-stop tempat aku tinggal yang terpaksa aku rahsiakan namanya. Masa tu aku dalam perjalanan ke kolej rahsia, secara kebetulan ada kelas yang tak berapa gemar aku nak masuk, rahsia jugak kelas apa. Sedang aku tunggu bas dalam lebih kurang 15 minit, lalu satu bas metro yang memang terkenal dengan kekurang ajaran 'driver'nya bila nak merebut penumpang. Aku pun tahan, bas berhenti, aku terus naik. Ntah macam mana ada pulak sorang amoi yang agak2 tip top berbaju kurung duduk tidak jauh dari pintu depan. Sekali lagi kebetulan, dan mungkin jodoh ada satu tempat duduk kosong bersebelahan bangku dia.

Aku tanpa segan silu terus duduk di bangku bersebelahan amoi tu sambil senyum dan menyapa 'hi' lagak spontan. Dia menyahut dan senyum macam dah biasa kenal. Aku pon dengan selamba tanya dia,

'Nak pegi mana..? sorang jer ker..?' dia pulak sekali lagi macam dah lama kenal, lantas menjawab,

'Ermm.. nak pegi kelas, sorang jer..' jawab amoi tu.

Macam biasa bila ada response aku pun tak suka nak buang masa 45 minit ke Central Market dengan hanya mendengar 'walkman', aku terus menyambung ayat-ayat manis... kalau dapat bawak tgk wayang memang tak segan beb.. muka ada kacuk2 Melayu sikit, cakap melayu pon tak der cacat cela.

Sedar tak sedar cemburu benar masa kalau ada peluang ushar awek yang ala-ala peramah dan lawa, dan bas aku pun sampai di Central Market. Aku lantas bertanya,

'... dah berbual2 nie lupa pulak nak tanya nama u..' tanya aku..

sambil bangun dari tempat duduk, dan aku pun beri laluan, amoi tu jawab,

'... Rahsia.. ' sambil berlalu turun..

Cheh, memang tak der rezeki.. aku pun turun sambil cuba2 jugak ushar dia di celah-celah orang lalu lalang, tapi hampa...

Murtabak

Thursday, August 26, 2010

Berjalan menelusuri bazar Ramadhan membuatkan aku 'pana' pada setiap rupa paras makanan yang menyelerakan, namun aku selalunya terkedu dengan 2 jenis makanan rasmi bulan Ramadhan (jika di Lembah Klang) iaitu Murtabak dan Popia, tidak kira samada Popia kering atau basah. Aku akan beli walaupun aku tak pernah merasa keenakkan makanan di gerai tersebut sebelum ini.

Ternyata setelah hampir setengah bulan berpuasa, aku masih lagi tidak menemui rentak kelazatan murtabak dan popia yang dijual di bazar Ramadhan yang aku telusuri setakat ini. Aku termenung panjang petang tadi, mengenangkan bagaimana rasa kedua2 jenis makanan ini begitu hampir sama walaupun dijual oleh peniaga yang berbeza. Tiada yang menarik langsung atau pun lain dari rasa yang lain.

Sudahnya aku menghidupkan enjin kereta dan menghala ke salah sebuah restoran mamak di Puchong Saujana. Aku membeli sekeping murtabak dengan harga RM6 dan nyata aku mula hampir mendapat rentak keenakkan murtabak sebenar. Penuh dengan inti daging, kulitnya yang garing dan mantap, tiada rasa hanyir telur dan tidak juga penuh dengan rasa bawang dan ubi kentang sepertimana murtabak-murtabak yang dijual di pasar ramadhan.

Aku mohon maaf kepada peniaga2 murtabak di pasar ramadhan, bukan niat untuk memperkecilkan usaha kalian semua, tapi itu yang berlaku kepada aku hari ini. Buktinya, selepas solat terawikh tadi, aku hidangkan 2 jenis murtabak 'balance' buka puasa tadi di hadapan rakan2 aku yang datang melepak. Murtabak daging yang di beli di kedai mamak habis licin di pinggan, namun murtabak pasar ramadhan yang aku beli tidak langsung dicuit oleh mereka. Sehinggalah seorang demi seorang angkat kaki, dan tinggal aku seorang mengadap murtabak tersebut dengan hati yang sayu.

Tak aku nafikan dari segi harga memang terlalu jauh untuk dibezakan. Tapi itulah nilai wang, yang lebih akan terasa manisnya gula, yang kurang setakat itulah rasanya tepung, bawang dan telur yang ada dalam murtabak tersebut. Nilai wang itu adakalanya menentukan kualiti sesuatu objek.

Di sebalik rasa cerewet tu insaf jugak, sebab masih ada yang berlapar di luar sana tatkala orang lain berbuka dengan makanan yang enak2 manakala mereka sudah cukup nikmat denga air sejuk dan roti buku buat alas perut untuk meneruskan urusan dan ibadat seharian... 'pana' aku sekali lagi...

DIn Jibab

Wednesday, August 25, 2010

Setiap hari dia akan meranduk dari hulu ke hilir Kampung Sri Aman dengan basikal tua peninggalan harta pusaka Arwah Hj. Hasbullah, arwah ayahnya. Kerjanya seharian lain tidak, mengambil upah memanjat pokok kelapa. Ntah kenapa nasibnya kelihatan malang berbanding adik beradiknya yang lain. Nak di katakan fizikal yang cacat, tidak jugak melainkan kuku kakinya yang bengkok kesan dek dihimpap sterika tatkala usianya 8 tahun. Selain dari itu, tubuhnya sihat wal'afiat fizikal dan mental. Ada jugak juak-juak yang mengatakannya gila. Namun itu semua tak diendahkan olehnya dan Mak Timah ibunya hanya memekakkan telinga tatkala orang kampung mengumpat dan mengeji anak kesayangannya itu.' biarlah.. dah itu kehendaknya, buat kerja pejabat tak boleh', jawab Mak Timah setiap kali ditanya dek jiran-jiran mulut longkang tentang kerja kampung yang dilakukan dek Din Jibab.

Kisahnya bermula di Petaling Street sewaktu dia bekerja sambilan menjual VCD cetak rompak. Waktu itu cuaca terlalu panas menyebabkan Din Jilbab keluar dari lorong sambil menyalakan sebatang Gudang Garam buat menenangkan diri di hujung lorong. Tak semena-mena sebuah kereta Saga 1.3 membelok dari arah bertentangan sambil mencampak beg plastik sampah yang tak diketahui isinya.

'Bodoh! Tak der sivik punya orang!!' bentak Din Jilbab sambil mengangkat plastik tersebut dan meletakkannya di tong sampah. Usop Senget musuh sakat Din Jilbab lantas mengambil plastik sampah yang dibuang tadi dan memasukkannya ke dalam beg Din Jilbab yang memang selalu di 'parkir' de tepi tong sampah yang sama buat 'cover line' andai di serbu dek KDN kerana menjual VCD cetak rompak.

Sudah menjadi kebiasaan Usop Senget gemar menyakat Din Jilbab dengan memasukkan plastik sampah ke dalam beg VCD nya. Bila pulang kerumah Din akan menyumpah seranah Usop Senget dek kerana di tendang dek konduktor bas metro kerana bau busuk yang datang dari beg VCD nya.

Itu 5 tahun dahulu. Sekarang yang kaya hanyalah adik beradiknya. Plasik sampah yang dimasukkan oleh Usop Senget tu sebenarnya penuh dengan not RM100, yang hampir kepada jumlah keseluruhan RM 1 Juta.

Pulang ke rumah kebetulan abang Din Jilbab yang tengah, Meran Jongos lantas membantu Din Jilbab membuang sampah2 yang diletakkan dek Usop Senget, kerana itulah rutinnya abang yang penyayang. Namun hari itu telah mengubah nasib Din Jilbab sekeluarga, atas rasa tanggungjawab, Meran Jongos memasukkan sejumlah wang kedalam ASB adiknya, dan mengambil sedikit lagi untuk bekal buat dia melaram dengan lancer GT barunya. Din Jilbab? Meran Jongos tidak pernah membenarkan adiknya ke Petaling Street lagi kerana bimbang adiknya menjadi sasaran mana2 kutu yang buang duit tersebut.

Namun tidak diketahui kenapa preofesion memanjat pokok kelapa menjadi kegemaran Din Jilbab......

Perasaan Sual

Thursday, August 19, 2010

Balik dari aquarium tadi aku rasa gelisah semacam, perasaan sual tiba-tiba jer hinggap kat jiwa macho aku. Aku terus 'drive' melepasi Jalan Usahawan, selepas simpang empat aku membelok menghala ke kanan. Tak hilang lagi rasa sual tu, selalu lepas jer simpang empat tu perasaan akan jadi cool sikit. Tapi bukan hari ni nampaknya.

Aku teruskan perjalanan, ntah kenapa aku tiba-tiba lari dari jalan asal aku. Aku membelok ke kiri menghala ke Taman Equine. Taman Equine?? Ahh tak kisah la.. aku terus lagi.. tiba di satu simpang aku ke kanan, terus masuk ke satu bangunan yang berlorong khas.. aku kaget, perasaan sual ni buat jiwa aku kacau.. akal aku hilang ntah kemana, aku hanya menuruti perasaan sual tanpa rasa apa-apa.

Aku terus berhenti kan kereta dan terus memperkatakan sesuatu dgn suara perlahan yang amat spontan..


'.. BIG Mc Set 1, Large ek..' Lepas bayar aku terus berlalu....

Cam sual!

Donia Aquarium Punya Cerita

Aku bosan kadang2 dengan orang yang mulut macam longkang..! Longkang selagi ada air, selagi tu la dia mengalir, kalau dah nama longkang mana ada yang bersih? Semuanya kotor dan busuk.. tapi jenis 'mulut macam longkang' ni sebenarnya antara spesis yang aku paling tak suka ada dalam persekitaran kerja aku.

Persekitaran kerja aku memang dah semua yang pernah terlibat tahu, bukan tempat senyap macam dalam hutan. Ada masa dia akan jadi macam pasar tani Bangi, ada masa dia akan jadi macam panggung wayang Odean, ada masa dia akan jadi macam Balai Bomba.. talipon akan berdering tanpa henti selama 24 jam.

Dan aku amat pasti seorang bos yang spesis mulut macam longkang ni, 'department'nya sama macam bahagian aquarium aku jugak! Dan aku rasa bahagian kerjanya sepatutnya lagi riuh daripada department aku.


Jangan sampai kena sumpah jadi macam mangkok sekor ni sudah!

Namun aku agak confuse bila dia dengan tidak semena-mena meng'complaint' department aku bising setiap kali pertukaran shift... BONGOK betul! dah memang tempat bising, aku rasa itupun belum lagi 100% bising sebab ikan-ikan lain belum lagi pindah ke aquarium baru. Betol sial punya mulut longkang! - kurang pahala puasa aku..

Dan aku rasa department dia yang sepatutnya bising setiap kali pertukaran shift, memang sunyi sepi macam tak ada apa2 berlaku.. macam kerja dalam kubur! nampak sangat tak buat kerja.. ! Bukanlah maksud aku bila bising kita macam banyak kerja, tapi persekitaran tu membuatkan suasana aquarium tu agak bising. Sebabnya, cuba bayangkan 25 orang berdiskusi serentak dalam beberapa kumpulan pada masa yang sama?? Mesti la bising kan..??

Itu tandanya banyak kerja, dan banyak issue yang terjadi yang perlu disampaikan kepada shift seterusnya. Baru la betul banyak kerja.. Ini senyap jer time balik, tau2 jer dah kosong tempat duduk. Makan gaji buta!!

Pening kepala aku.. Dah macam 'katak marah anjing salak bukit time hujan' sebab time hujan katak jer buleh bising, binatang lain tak boleh kot..

Ramadhan Datang Lagi..

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan datang lagi.. untuk kali yg ke 31 dalam hidup.. aku harap tahun nie kau berjaya tak macam tahun2 sebelum nie.... adios!