Agak lama jugak aku tak menulis. Jari jemari kasar aku dah mula gatal nak meluahkan pelbagai jenis rasa sejak berpindah ke aquarium baru. Sebelum ini aku pernah menulis tentang kisah salah seokor ikan besar yang menyalak bukit, yang marahkan kelambu, nyamuk dibakar,....??? Terbalik..? Betulkan la sendiri.... Tapi situasi kali ini makin parah..
Enggan aku ceritakan tentang boss aku sendiri yang rata-rata kisahnya ikan2 lain dah tahu dan terlebih maklum. Cuma kali ini aku nak sangat meluahkan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap salah seokor anak ikan flower horn, sorry, bukan flower horn, aku rasa ikan bandaraya, yang baru jer masuk ke aquarium bagi mengepalai tugas-tugas ikan dibahagian tempat aku bertugas.
Ini membawa maksud, aku tidak lagi melapor kepada ketua bahagian yang selama ini menjadi inspirasi aku untuk rajin berkerja (sebenarnya ada 2-3 ketua bahagian yang cukup aku kagum dalam hal ehwal tugas harian). Namun, aku tetap di nilai dari segi KPI tahun ini oleh ketua bahagian yang lama memandangkan ketua bahagian yang baru ini,baru memulakan tugas mengawal selia bahagian aku kurang dari 3 bulan. DIULANG, KURANG DARI 3 BULAN!!!! dan secara tak langsung kehadiran ikan bandaraya ini ketika penilaian tahunan aku di buat hanyalah sekadar menghormati tugas baru yang akan di serahkan kepadanya bermula tahun hadapan.DEM!!
Cukup sampai situ, tak perlu dihuraikan lebih terperinci tentang segala macam tugas dalam aquarium kerana apa yang ingin aku ceritakan bukan berkenaan bidang tugas, walaupun ada perantara hubungan dengan luahan isi hati aku.
Baiklah, let's listen to the story. Tahun ini aku hampir mencapai 80% KPI yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya ikan2 aquarium. Malah dalam kesibukkan tugas mengawal projek yang masih belum 100% siap, aku masih lagi setia mengawal 1 bahagian yang agak macam haram jalan kerjanya hampir setiap hari. Macam sual!!! Itu belom dikira melatih ikan untuk menjadi ketua, yang akhirnya menjadi ketua hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja. DEM!!!!!!
Dan aku masih lagi setia mencipta satu lagi ketua ikan selepas itu. Juga dalam masa yang sama aku masih lagi perlu mencipta dan menggarap skill 2 ekor lagi ikan remaja di bahagian lain untuk menjadi ikan dewasa dalam hal ehwal kerja.
Cuba kita kira, 2 campur 2 sama dengan?? YES..., 4, bayangkan aku boleh dikatakan berjaya mencipta dan menggilap skill 4 ekor ikan dalam jangkamasa setahun.. di tambah dengan tugas harian yang perlu diselesaikan, 5 training yang perlu di cukupkan dalam jangka masa setahun, segala macam briefing dan presentation juga dalam jangkamasa setahun, dan.. dan.. dan.. mengurangkan jumlah MC berserta cuti kecemasan sepanjang tahun ini, bagi aku, juga satu perkara yang baru betul2 challenging!!!
Baiklah, hendak dijadikan satu carutan, ketika penilaian aku dibuat oleh ketua bahagian yang lama, yang memang tahu bagaimana aku bekerja selama lebih 10 tahun, maka tidak banyak masalah diluahkan melainkan yang baik2 belaka, yang perfect2 dan improve2 belaka, aku bukan kaki bodek! aku juga bukan kaki kipas dan tikam atau pijak kepala orang lain untuk mengejar pangkat. Bagi aku, apa gunanya pangkat kalau gaji ciput dan sakit otak bila tiba hari gaji.. sebagai rujukan dan bukti, setelah tiga tahun bekerja, barulah aku dinaikkan ke gred 2 sebagai senior, walhal budak yang baru masuk kurang setahun dah berjaya ke gred 3 sekaligus menjadi ketua aku satu ketika dahulu. Beb, sorry, dan aku tak dengki pon sebab budak tu mmg bagus dan aku support dia sehinggakan sebelum dia resign dia sempat nominate nama aku untuk menggantikan tempat dia. Alhamdulilah kerja keras aku di Singapore dan Dubai mendapat perhatian dari ketua bahagian hasil recommended dari beliau. Maka aku mengambil alih tugas beliau sehingga sekarang.
Ok..ok.. cukup. Berbalik kepada hal ehwal penilaian tahunan tadi. Amarah aku mula meluap bila ikan bandaraya nie mula mempersoalkan segala hasil usaha dan penat jerih aku sepanjang tahun ini untuk sekurang-kurangnya mengekalkan rating tahun lepas yang kurang setakok sahaja lagi untuk dapat full mark!!! Dan antara soalan yang buat aku rasa nak kaki kan aje ikan ni bila dengan sombongnya dia bertanya ala-ala bapok mintak rokok kat Blue Bar..
' Where is the proof?? Do u have any document to support what have been done???...'
Macam haram!!!! nasib baik aku masih lagi waras, dan memikirkan periuk nasik aku untuk mak, abah dan anak bini. Kalau aku bujang lagi, pegi mampus!!! memang dia balik kurang 5 ke 6 batang gigi, dan aku antara akibatnya mungkin dibuang kerja serta merta. Tak jadi hal kalau bujang lagi..
Maka usai menyelesaikan segala kekusutan selama hampir sejam di dalam bilik ketua bahagian aku, maka aku pun keluar dengan muka Supir Sapian yang tgh mengawal marah. Begitu juga ketua bahagian aku. Si ikan bandaraya ni juga keluar dengan selamba dan muka belagak bagus... Macam sial!!!!!
5 minit kemudian, ketua bahagian aku ajak aku keluar isap rokok walaupun dia tak merokok. Seperi biasa agenda mengumpat.. Perkara pertama dia sebut,
' Macam haram jer mamat ni!!! (meng arahkan rasa amarah kepada si ikan bandaraya tadi), Aku tau aku tak nak invite dia masuk buat appraiser ko..!!!!'
Aku diam dan cuba tidak menokok tambah amarah dia, aku nyalakan rokok aku tarik dalam2.. Aku diam lagi... Si ketua bahagian yang menilai KPI aku tahun ni sambung lagi ayat dia..,
'Baru jaga ko 2 bulan dia punya komen macam dah jaga ko setahun..!!!! Masak la ko next year sepat...' sambung ketua bahagian aku lagi..
Aku sedut asap rokok sekali lagi dalam2, sambil hati kecil aku berkata...
'Kena start update resume nie...' sayu.....
Bila Hati Dah Panas...
Posted by Emmed at 5:56 AM 0 comments
Bukan Kisah Cinta
Pernah baca..??? OK, kalau pernah baca, aku amat pasti ada sesuatu yang menyentuh jiwa, sesuai dengan gelaran yang dibawa penulis sebagai novelis 'pembangun jiwa'.
Aku tak berapa pasti berapa ramai novelis Malaysia yang mempunyai ilmu yang bukan sedikit dalam hal ehwal menggarap cerita berdasarkan kecerdikkan beragama. Tapi jika di Indonesia, Sheikh Habib bukan calang-calang novelis. Aku tabik spring insan macam ni! Orang berilmu yang menyebarkan ilmunya melalui penulisan yang berbentuk harapan agar masih ada lagi insan seperti yang diilhamkan di dalam novel tulisannya di atas muka bumi nie.
Yang paling aku kagum, setiap inci ilmu yang di miliki baik duniawi atau pun ukhrawi disampaikan dengan cara yang mudah di fahami sesuai dengan cara penerimaan pembaca-pembaca yang kurang memiliki ilmu agama. Secara tak langsung menarik minat mereka untuk mencari lebih maklumat tentang apa yang di sampaikan. Tapi aku belum lagi sampai tahap tu. Al-maklum.
Bagi orang macam aku, baca novel ni kadang-kadang dapat mengurangkan sedikit tekanan darah tinggi, kalau nak harapkan jaga makan, dan rajin bersenam, agak susah jugak. Kadang-kadang cara hidup tu kena tukar la jugak sikit-sikit.. faktor usia bak kata kawan-kawan aku kat aquarium!
Posted by Emmed at 8:59 PM 0 comments
Social Network Punya Pasal!!!
Aku terkedu sekejap.., agak lama lebih kurang dalam lima minit. Selepas membaca 'posted' di 'wall' salah seorang 'classmate' aku waktu di sekolah menengah. Si suami yang menggunakan 'account' 'social network' 'classmate' aku untuk membuat 'annoucement' tentang berita perceraian mereka. Si suami juga menceritakan perceraiaan berpunca dari kecurangan 'classmate' aku dengan beberapa 'social friends'nya di dalam 'social network' tersebut. Sambil mengucapkan terima kasih dalam nada sindiran kepada jaringan 'social network' tersebut kerana menjadi punca utama isterinya curang. Menurutnya lagi bukti-bukti kecurangan tersebut telah dikenalpasti apabila gambar2 si isteri di 'upload' oleh 'scandal2' si isteri sebelum ini dan si suami yang menyimpan kata laluan account social network si isteri menganalisa satu persatu gambar setiap friend list nya, yang akhirnya dijadikan bukti kukuh untuk menceraikan si isteri.
Aku tak tahu seberapa benarnya cerita yang disampaikan oleh si suami. Aku juga tidak curiga dengan berita tersebut kerana sebelum ini aku pernah terbaca berita2 seperti ini di tabloid-tabloid ibukota. Dan setiap inci cerita itu merupakan kecurangan si isteri dengan lelaki lain.
Aku juga melihat sendiri bagaimana suami-suami orang ini juga sebenarnya antara penyebab-penyabab keruntuhan rumahtangga isteri2 orang lain.
Oleh kerana aku berbangsa Melayu, maka kesemua cerita yang aku baca juga berkisar dengan budaya Melayu Moden ini yang semakin menjadi-jadi akhir-ahir ini.
Pada aku, issue ini harus di ketengahkan oleh pemerintah kerana perkara-perkara sebeginilah yang merosakkan institusi insaniah (kemanusiaan), rumahtangga, dan institusi masyarakat Melayu lebih2 lagi yang beragama Islam.
Pemerintah di bahagian syariah harus melakukan sesuatu agar kes-kes perceraiaan sebegini dihentikan atau setidak-tidaknya dapat di bendung bagi mengelakkan kelahiran anak-anak yang tidak sah taraf yang akhirnya merugikan institusi sesebuah negara.
Ini tidak, pemerintah Melayu kita masih leka meperjuangkan agenda politik masing-masing baik yang sedang berkuasa mahupun yang sedang merebut kuasa, sama je..!
Posted by Emmed at 7:41 AM 0 comments
Kopi O & Ubi Rebus..
October 2009, Nurnberg-Germany
Sedang aku lunch dengan team member yang sama2 bekerja di sini, tiba-tiba sekumpulan pekerja laen berbangsa Eropah yang sedang asyik berbual meluru ke arah dinding cermin yang menampakkan keadaan di luar bangunan... Mereka kelihatan seronok yang amat sangat bercampur perasaan keliru, musykil, dan agak berkerut kehairanan bila melihat salji turun secara tiba-tiba.
Aku dgn team member laen lagi la seronok.. tapi kitorang control nak sorok perasaan asia kat bangsa eropah nie, asyik rasa hujan jer kat M'sia, sebulan kat sini, merasa jugak tgk salji... tapi yang kami musykil kenapa diorang yang dah lama kat sini macam tak pernah tengok salji jer gayanya. Aku bertambah musykil bila kawan2 aku yang laen pulak nampak 'cool' walaupun tak pernah tgk saji sebelum nie..
Petang tu selepas meeting dengan project team, aku dgn geng jahat sempat singgah minum kat satu coffe shop di Hobbahnhouf, kitorang lepak kat luar bawah canopy. Aku order hot chocolate dengan milk bun.. bagak, taufique dgn saiful makan donut... sambil minum coklat panas tu, aku pun menyalakan rokok, layan stim tgh sejuk sbb salji turun dari tgh hari lagi. Kalau kat Kg. Pasir ni, dah tentu2 stim layan ubi rebus cicah kelapa campur gula dgn kopi o panas.
Aku tgk waitress mat saleh ni selamba jer dgn skirt pendek keluar masuk coffe shop tu melayan tetamu di bawah canopy. Terpikir jugak aku, tak sejuk ke budak MILF nie??? Bila tiba nak bayar, dia dtg menghulurkan bil. Aku terkesima bila dia dgn selamba menggosok2 pehanya yang putih melepak tu. Nak menahan sejuk gamaknya.. bagak dgn selamba bertanya, ..
Ich fühle mich kalt?? dalam loghat Kampung Ladang Tebu..
yang membawa maksud, 'tak sejuk ker'?? MILF ni pon jawab,
'.. Es ist sicherlich mein kühles, aber nicht bereit, wie dem Wetter, weil der Schnee nicht in die umstrittene Oktober ..'
(dah tentu la sejuk, tapi tak sedia dengan cuaca begini, sebab salji tak pernah turun di Nurnberg bulan October..)
Sekali lagi aku terkesima denga peha MILF ni bila dia gosok2 peha dia betul2 sebelah aku.. lebih terkesima lagi, jawapan MILF ni sedikit sebanyak jugak menjawab kekeliruan dan persoalan kenapa kumpulan eropah tadi begitu teruja bila melihat salji mula2 turun tgh hari tadi..
Posted by Emmed at 10:42 AM 0 comments
Itu Dulu................
Jln Tun Razak 2000
Satu pagi tu aku cam biasa meranduk panas pagi dalam pukul 8.. rasanya.. untuk ke bus-stop tempat aku tinggal yang terpaksa aku rahsiakan namanya. Masa tu aku dalam perjalanan ke kolej rahsia, secara kebetulan ada kelas yang tak berapa gemar aku nak masuk, rahsia jugak kelas apa. Sedang aku tunggu bas dalam lebih kurang 15 minit, lalu satu bas metro yang memang terkenal dengan kekurang ajaran 'driver'nya bila nak merebut penumpang. Aku pun tahan, bas berhenti, aku terus naik. Ntah macam mana ada pulak sorang amoi yang agak2 tip top berbaju kurung duduk tidak jauh dari pintu depan. Sekali lagi kebetulan, dan mungkin jodoh ada satu tempat duduk kosong bersebelahan bangku dia.
Aku tanpa segan silu terus duduk di bangku bersebelahan amoi tu sambil senyum dan menyapa 'hi' lagak spontan. Dia menyahut dan senyum macam dah biasa kenal. Aku pon dengan selamba tanya dia,
'Nak pegi mana..? sorang jer ker..?' dia pulak sekali lagi macam dah lama kenal, lantas menjawab,
'Ermm.. nak pegi kelas, sorang jer..' jawab amoi tu.
Macam biasa bila ada response aku pun tak suka nak buang masa 45 minit ke Central Market dengan hanya mendengar 'walkman', aku terus menyambung ayat-ayat manis... kalau dapat bawak tgk wayang memang tak segan beb.. muka ada kacuk2 Melayu sikit, cakap melayu pon tak der cacat cela.
Sedar tak sedar cemburu benar masa kalau ada peluang ushar awek yang ala-ala peramah dan lawa, dan bas aku pun sampai di Central Market. Aku lantas bertanya,
'... dah berbual2 nie lupa pulak nak tanya nama u..' tanya aku..
sambil bangun dari tempat duduk, dan aku pun beri laluan, amoi tu jawab,
'... Rahsia.. ' sambil berlalu turun..
Cheh, memang tak der rezeki.. aku pun turun sambil cuba2 jugak ushar dia di celah-celah orang lalu lalang, tapi hampa...
Posted by Emmed at 3:46 PM 0 comments
Murtabak
Berjalan menelusuri bazar Ramadhan membuatkan aku 'pana' pada setiap rupa paras makanan yang menyelerakan, namun aku selalunya terkedu dengan 2 jenis makanan rasmi bulan Ramadhan (jika di Lembah Klang) iaitu Murtabak dan Popia, tidak kira samada Popia kering atau basah. Aku akan beli walaupun aku tak pernah merasa keenakkan makanan di gerai tersebut sebelum ini.
Ternyata setelah hampir setengah bulan berpuasa, aku masih lagi tidak menemui rentak kelazatan murtabak dan popia yang dijual di bazar Ramadhan yang aku telusuri setakat ini. Aku termenung panjang petang tadi, mengenangkan bagaimana rasa kedua2 jenis makanan ini begitu hampir sama walaupun dijual oleh peniaga yang berbeza. Tiada yang menarik langsung atau pun lain dari rasa yang lain.
Sudahnya aku menghidupkan enjin kereta dan menghala ke salah sebuah restoran mamak di Puchong Saujana. Aku membeli sekeping murtabak dengan harga RM6 dan nyata aku mula hampir mendapat rentak keenakkan murtabak sebenar. Penuh dengan inti daging, kulitnya yang garing dan mantap, tiada rasa hanyir telur dan tidak juga penuh dengan rasa bawang dan ubi kentang sepertimana murtabak-murtabak yang dijual di pasar ramadhan.
Aku mohon maaf kepada peniaga2 murtabak di pasar ramadhan, bukan niat untuk memperkecilkan usaha kalian semua, tapi itu yang berlaku kepada aku hari ini. Buktinya, selepas solat terawikh tadi, aku hidangkan 2 jenis murtabak 'balance' buka puasa tadi di hadapan rakan2 aku yang datang melepak. Murtabak daging yang di beli di kedai mamak habis licin di pinggan, namun murtabak pasar ramadhan yang aku beli tidak langsung dicuit oleh mereka. Sehinggalah seorang demi seorang angkat kaki, dan tinggal aku seorang mengadap murtabak tersebut dengan hati yang sayu.
Tak aku nafikan dari segi harga memang terlalu jauh untuk dibezakan. Tapi itulah nilai wang, yang lebih akan terasa manisnya gula, yang kurang setakat itulah rasanya tepung, bawang dan telur yang ada dalam murtabak tersebut. Nilai wang itu adakalanya menentukan kualiti sesuatu objek.
Di sebalik rasa cerewet tu insaf jugak, sebab masih ada yang berlapar di luar sana tatkala orang lain berbuka dengan makanan yang enak2 manakala mereka sudah cukup nikmat denga air sejuk dan roti buku buat alas perut untuk meneruskan urusan dan ibadat seharian... 'pana' aku sekali lagi...
Posted by Emmed at 10:05 AM 0 comments
DIn Jibab
Setiap hari dia akan meranduk dari hulu ke hilir Kampung Sri Aman dengan basikal tua peninggalan harta pusaka Arwah Hj. Hasbullah, arwah ayahnya. Kerjanya seharian lain tidak, mengambil upah memanjat pokok kelapa. Ntah kenapa nasibnya kelihatan malang berbanding adik beradiknya yang lain. Nak di katakan fizikal yang cacat, tidak jugak melainkan kuku kakinya yang bengkok kesan dek dihimpap sterika tatkala usianya 8 tahun. Selain dari itu, tubuhnya sihat wal'afiat fizikal dan mental. Ada jugak juak-juak yang mengatakannya gila. Namun itu semua tak diendahkan olehnya dan Mak Timah ibunya hanya memekakkan telinga tatkala orang kampung mengumpat dan mengeji anak kesayangannya itu.' biarlah.. dah itu kehendaknya, buat kerja pejabat tak boleh', jawab Mak Timah setiap kali ditanya dek jiran-jiran mulut longkang tentang kerja kampung yang dilakukan dek Din Jibab.
Kisahnya bermula di Petaling Street sewaktu dia bekerja sambilan menjual VCD cetak rompak. Waktu itu cuaca terlalu panas menyebabkan Din Jilbab keluar dari lorong sambil menyalakan sebatang Gudang Garam buat menenangkan diri di hujung lorong. Tak semena-mena sebuah kereta Saga 1.3 membelok dari arah bertentangan sambil mencampak beg plastik sampah yang tak diketahui isinya.
'Bodoh! Tak der sivik punya orang!!' bentak Din Jilbab sambil mengangkat plastik tersebut dan meletakkannya di tong sampah. Usop Senget musuh sakat Din Jilbab lantas mengambil plastik sampah yang dibuang tadi dan memasukkannya ke dalam beg Din Jilbab yang memang selalu di 'parkir' de tepi tong sampah yang sama buat 'cover line' andai di serbu dek KDN kerana menjual VCD cetak rompak.
Sudah menjadi kebiasaan Usop Senget gemar menyakat Din Jilbab dengan memasukkan plastik sampah ke dalam beg VCD nya. Bila pulang kerumah Din akan menyumpah seranah Usop Senget dek kerana di tendang dek konduktor bas metro kerana bau busuk yang datang dari beg VCD nya.
Itu 5 tahun dahulu. Sekarang yang kaya hanyalah adik beradiknya. Plasik sampah yang dimasukkan oleh Usop Senget tu sebenarnya penuh dengan not RM100, yang hampir kepada jumlah keseluruhan RM 1 Juta.
Pulang ke rumah kebetulan abang Din Jilbab yang tengah, Meran Jongos lantas membantu Din Jilbab membuang sampah2 yang diletakkan dek Usop Senget, kerana itulah rutinnya abang yang penyayang. Namun hari itu telah mengubah nasib Din Jilbab sekeluarga, atas rasa tanggungjawab, Meran Jongos memasukkan sejumlah wang kedalam ASB adiknya, dan mengambil sedikit lagi untuk bekal buat dia melaram dengan lancer GT barunya. Din Jilbab? Meran Jongos tidak pernah membenarkan adiknya ke Petaling Street lagi kerana bimbang adiknya menjadi sasaran mana2 kutu yang buang duit tersebut.
Namun tidak diketahui kenapa preofesion memanjat pokok kelapa menjadi kegemaran Din Jilbab......
Posted by Emmed at 11:34 AM 0 comments
Perasaan Sual
Balik dari aquarium tadi aku rasa gelisah semacam, perasaan sual tiba-tiba jer hinggap kat jiwa macho aku. Aku terus 'drive' melepasi Jalan Usahawan, selepas simpang empat aku membelok menghala ke kanan. Tak hilang lagi rasa sual tu, selalu lepas jer simpang empat tu perasaan akan jadi cool sikit. Tapi bukan hari ni nampaknya.
Aku teruskan perjalanan, ntah kenapa aku tiba-tiba lari dari jalan asal aku. Aku membelok ke kiri menghala ke Taman Equine. Taman Equine?? Ahh tak kisah la.. aku terus lagi.. tiba di satu simpang aku ke kanan, terus masuk ke satu bangunan yang berlorong khas.. aku kaget, perasaan sual ni buat jiwa aku kacau.. akal aku hilang ntah kemana, aku hanya menuruti perasaan sual tanpa rasa apa-apa.
Aku terus berhenti kan kereta dan terus memperkatakan sesuatu dgn suara perlahan yang amat spontan..
'.. BIG Mc Set 1, Large ek..' Lepas bayar aku terus berlalu....
Cam sual!
Posted by Emmed at 8:34 PM 0 comments
Donia Aquarium Punya Cerita
Aku bosan kadang2 dengan orang yang mulut macam longkang..! Longkang selagi ada air, selagi tu la dia mengalir, kalau dah nama longkang mana ada yang bersih? Semuanya kotor dan busuk.. tapi jenis 'mulut macam longkang' ni sebenarnya antara spesis yang aku paling tak suka ada dalam persekitaran kerja aku.
Persekitaran kerja aku memang dah semua yang pernah terlibat tahu, bukan tempat senyap macam dalam hutan. Ada masa dia akan jadi macam pasar tani Bangi, ada masa dia akan jadi macam panggung wayang Odean, ada masa dia akan jadi macam Balai Bomba.. talipon akan berdering tanpa henti selama 24 jam.
Dan aku amat pasti seorang bos yang spesis mulut macam longkang ni, 'department'nya sama macam bahagian aquarium aku jugak! Dan aku rasa bahagian kerjanya sepatutnya lagi riuh daripada department aku.
Jangan sampai kena sumpah jadi macam mangkok sekor ni sudah!
Namun aku agak confuse bila dia dengan tidak semena-mena meng'complaint' department aku bising setiap kali pertukaran shift... BONGOK betul! dah memang tempat bising, aku rasa itupun belum lagi 100% bising sebab ikan-ikan lain belum lagi pindah ke aquarium baru. Betol sial punya mulut longkang! - kurang pahala puasa aku..
Dan aku rasa department dia yang sepatutnya bising setiap kali pertukaran shift, memang sunyi sepi macam tak ada apa2 berlaku.. macam kerja dalam kubur! nampak sangat tak buat kerja.. ! Bukanlah maksud aku bila bising kita macam banyak kerja, tapi persekitaran tu membuatkan suasana aquarium tu agak bising. Sebabnya, cuba bayangkan 25 orang berdiskusi serentak dalam beberapa kumpulan pada masa yang sama?? Mesti la bising kan..??
Itu tandanya banyak kerja, dan banyak issue yang terjadi yang perlu disampaikan kepada shift seterusnya. Baru la betul banyak kerja.. Ini senyap jer time balik, tau2 jer dah kosong tempat duduk. Makan gaji buta!!
Pening kepala aku.. Dah macam 'katak marah anjing salak bukit time hujan' sebab time hujan katak jer buleh bising, binatang lain tak boleh kot..
Posted by Emmed at 4:48 PM 0 comments
Ramadhan Datang Lagi..
Ramadhan datang lagi.. untuk kali yg ke 31 dalam hidup.. aku harap tahun nie kau berjaya tak macam tahun2 sebelum nie.... adios!
Posted by Emmed at 10:07 AM 0 comments
Aku Gelak 2!
Aku banyak menerima kritikan dari rakan-rakan dari kem United Malayan Nation Organisation yang menghentam aku setelah membaca entry 'Aku Gelak' yang lepas.. bukan main marah lagi mereka.. Melenting..? Panas??? Aku rasa sikit jer aku cuit emosi fanatik mereka terhadap pemimpin United Malayan Nation mereka, yang berhajat nak menjarah negeri kesayangan aku sekali lagi...
Perhatian! Aku bukan orang politik! Aku jugak sebenarnya kurang berminat tentang politik, aku cuma obses tentang hak kesaksamaan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan. Maknanya yang dah ada dalam perlembagaan negara sekarang lebih tepat lagi yang sudah termaktub adalah sesuatu yang tidak boleh diubah walau siapa pon yang memerintah bumi bertuah ini. Hak kesaksamaan yang bagaimana??? Hak di mana kaum lain boleh berniaga dengan jayanya, perniagaan tidak hanya dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Hak dimana kaum India juga boleh memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Hak di mana kaum Melayu juga boleh memegang jawatan lebih tinggi dalam syarikat milik kaum Cina. Ini semua kesamarataan yang dianjurkan oleh Islam sendiri- Keadilan dan tiada pilih kasih! Bak kata bekas boss aku yang berbangsa Cina, '..you boleh bekerja dengan rajin dan maju, you boleh naik, u malas and kaki bodek, u duduk belakang..' dan dia memang mementingkan matlamat syarikat berbanding menaikkan kaum kerabat sendiri.. aku respect!
Aku ingin sangat nak ingatkan balik rakan2 dalam kem United Malayan bahawa corak pengasingan begini adalah corak yang ditinggalkan penjajah Inggeris! Sia-sia sahaja perjuangan Dato Bahaman, Tok Janggut, dan mereka2 yang berjuang menentang baruah2 penjajah jika kita masih lagi mahu mengikut corak pentadbiran sebegini.. Come on friends.. dah 50 lebih tahun kita merdeka... Inggeris buat begini kerana takut bangsa Tanah Melayu bersatu menentang mereka..
Dan yang aku paling menyampah sekali tentang United Malayan nie adalah gelagat pemimpin-pemimpin mereka yang tak habis-habis nak memperbodohkan bangsa sendiri demi tampok kuasa yang menjanjikan AP, kontrak yang dari sebesar2 sungai hinggakan sekecil-kecil longkang, hasil bumi dari semahal-mahal emas hinggakan debu-debu pasir.. asalkan duit boleh masuk poket, semua boleh jadi halal..
Kita lupa bagaimana kepercayaan yang di beri oleh bangsa lain kepada United Malayan selama 50 tahun mentadbir negara menjanjikan ketirisan berbilion ringgit duit rakyat yang ntah kemana perginya. Hasil bumi yang dilonggokkan oleh proxy kerajaan seperti Petronas, Felda, dsb tidak dikembalikan kepada yang hak menerimanya. Milik rakyat sepatutnya menjadi milik rakyat, bukan milik kroni! Kontrak bernilai 1 billion adalah 1 billion nilainya, bukan 4 billion!!! Kenapa aku sebutkan begini?? Sebabnya apabila kontrak bernilai 1 billion menjadi 4 billion, maka subsidi yang sepatutnya kembali kepada rakyat tidak menjadi yang sepatutnya..Itu baru nilai satu kontrak, bayangkan berapa banyak kontrak yang dikeluarkan kerajaan United Malayan saban tahun kepada kroni2 dan anak pinak mereka..??
Kalau nak kata aku marah, memang aku marah..! Keluarlah rakan2 aku dalam kem United Malayan.. dan lihat sebuah keluarga yang terpaksa berlapar kerana bilangan anak yang ramai, ayahnya terpaksa mencari rezeki hingga lewat malam untuk memenuhi keperluan harian.. Aku sebutkan KEPERLUAN bukan KEMEWAHAN! Dengan harga barang yang meningkat, kos sara hidup yang semakin tinggi, rasa-rasanya kerja 24 jam sehari pon belum tentu mewah. Lihatlah kemewahan kroni-kroni dan pemimpin-pemimpin United Malayan.. hanya beberapa tahun berkuasa mereka mampu membina istana, mampu ber'itu' dan ber'ini'.. makanan mereka lazat2 tanpa mereka sesekali merenung masa depan anak bangsa yang masih lagi hidup dalam kesusahan....
Cerita banyak pon tak guna, kalau dah pekat ke'Umno'an nya, kita tunjuk gajah pon dia kata 'keris'. Tunjuk borang nikah pon dia ingat borang AP. Buang masa!
Aku ingatkan sekali lagi, aku bukan anti United Malayan, dan aku juga bukan penyokong tegar Pakatan Rakyat, cuma aku mahu pemimpin Islam Melayu ini lebih berintegriti, berakhlak mulia, melakukan sesuatu yang diamanahkan dengan ikhlas, bukan sebab nak kaya.. ramai dah yang kaya dari puak mereka... Lepas ni kalau jatuh lagi beberapa negeri ke tangan Pakatan Rakyat, jangan salahkan Melayu! Jangan tunding jari kat Cina! Jangan 'cebek' bibir kat India! Tunjal dahi korang sendiri sebab sikap gila kuasa dan tamak haloba yang korang amalkan sejak 50 tahun dulu yang tunjukkan jalan ke kubur politik korang sendiri.
Posted by Emmed at 7:57 AM 0 comments
Selangor Juara MSL - Lagi Sekali....
Aku pedulik hapa kalau sambil 'set job to complete' dengan muka bangga dan tersenyum sendiri depan 'workstation' kat dalam aquarium tempat aku bekerja, yang penting Selangor dah juara...!
Aku pedulik hapa jugak kalau Liverpool nak kena beli dek jutawan Hong Kong dengan seberapa byk nilai sekalipon, yang penting Selangor dah juara...!
Aku pedulik hapa jugak kalau 16 pasukan Liga Super laen yg layak ke Piala M'sia nak berangan-angan jadi juara jugak, yang penting Selangor dah juara...!
Aku pedulik hapa kalau orang lean menyampah baca entry kali nie.. Blog aku, aku punya suka, sebab Selangor dah juara...!
Cuma yang buat aku obses memuji pasukan Selangor kali nie sebab ramai yang tak perasan mungkin dek kerana kehangatan saingan Champions League, BPL dan World Cup.., tak siapa perasan ,
Selangor tak pernah jatuh ke tangga ke-2 liga selepas perlawanan ke-2..
DI ULANG,
Selangor tak pernah jatuh ke tangga ke-2 liga selepas perlawanan ke-2..
MAKNANYA..
Selangor mengekalkan pengusaan liga di tempat pertama sepanjang musim... Kagum tak??
Tapi yang macam sial, bilangan penonton macam tu jugak. Sama jer, main hari sabtu pon macam tu, main hari Selasa pon boleh kira dengan jari.. Maki player dari goal post belah sana, penonton kat goal post belah sini pon boleh dengar- punya la kosong stadium..
Naseb baik masa hari dinobatkan juara liga tempoh hari penonton cecah puluhan ribu jugak walaupun stadium tak penuh..
Posted by Emmed at 9:58 PM 0 comments
Aku Gelak!
Mereka nak selamatkan Negeri Selangor...?
Aku terpikir.. selama ini sebagai rakyat negeri yang bertuah, dan selama ini berkongsi kekayaan dengan rakan berbagsa lain, kami sebenarnya yang mahu Selangor ini diselamatkan dari orang-orang macam diorang ni.. Selepas hampir beberapa tahun diselamatkan oleh orang-orang yang agak berkrdibiliti dan berintegriti, mereka pulak yang nak 'selamatkan' Selangor sekali lagi... dari apa?? Mungkinkah untuk menyelamatkan jumlah'angka-angka' dibawah??
Masuk poket siapa agaknya... Hahahahahahah!
Posted by Emmed at 8:32 PM 0 comments
Labels: Wakenabeb
Aquarium - Aku Masih Disini
Sudah hampir 6 tahun aku bekerja dan mengerah tenaga dan kemalasan di dalam aquarium ini... Aku panggil tempat ni aquarium sebab ianya dikelilingi dinding kaca, tiada siapa yang tidak mempunyai authority boleh memasuki aquarium nie...
Disini aku berhadapan dengan segala angka dan huruf yang aku sendiri tak tau apa sebenarnya ia. Apa yang aku tau ianya terlalu berharga untuk di biarkan bergerak sendiri sehinggakan manusia macam aku di upah untuk melihat dan menjaga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, namun jika berlaku juga, maka bermulalah tugas yang aku...
Dan aku sendiri tak tau sampai bila aku akan terus berada disini.. ada juga ikan2 yang laen berpindah ke aquarium yang lebih selesa, jauh dari ikan-ikan besar yang memilih ikan2 kecil macam aku untuk dijadikan habuan!
Habuan- '........'
Setakat 6 tahun berada disini aku sudah mula merasakan bahang ikan2 besar bakal menjadikan aku habuan, dan setakat 6 tahun ini aku masih berjaya melarikan diri dari menjadi mangsa...! Bagaimana dengan esok?? Lusa?? Aku terpaksa risikokan kebijaksanaan aku untuk menjadi lebih 'humble' supaya aku tidak diburu lagi...
Posted by Emmed at 1:27 PM 0 comments
Benda Penting Yang Jarang Kita Guna!
2-3 hari lepas aku ke kedai yang agak hampir jugak dengan rumah aku, akibat kekurangan nakotin dalam badan, aku gagahkan jugak ke kedai bersama insan tersayang. Sebok sangat nak ikut walaupun jam dah pukul 11 mlm.
'..betul ker...' habis tu kenapa jual???
Aku membeli sekotak rokok pek merah yang sekarang jika di sebut jenama dan kuantiti sekali orang akan terpinga-pinga kerana hanya ada satu kuantiti sahaja yang dijual di kedai sekarang... (dulunya ada 7,10, 14 & 20)- kerajaan yang untung!
Dalam perjalanan pulang, sebuah kereta yang dipandu seorang perempuan Melayu tiba-tiba membelok ke kanan tanpa memberi isyarat atau dalam bahasa penjajah 'signal'. Aku yang berada di belakang terpaksa memperlahankan Honda EX5 yang aku tunggang bersama Nur Aina. Dah menjadi kelaziman di atas kenderaan berenjin aku bawak perlahan - Aku bukan 'jiwa kelajuan'!
Nur Aina yang sedang asyik melayan angin di atas motor tiba-tiba mengangkatkan tangan sambil spontan berkata, '........ apa la! nak 'kona' pon tak nak bukak 'signal'!!!
Aku tergamam.. Nur Aina yang hanya berusia 5 tahun pon tahu bahawa membelok tanpa menggunakan isyarat lampu itu satu kesalahan... menyusahkan orang..!
Aku jugak panic kerana dia sudah mula tahu mencari kesalahan orang laen! Macam ibu dia jugak!
Note 'kona' = bahasa pasar yang bermaksud membelok.
Posted by Emmed at 10:28 PM 0 comments
Duit Kita Masuk Longkang
Posted by Emmed at 11:28 PM 0 comments
Labels: kachiwa
Tidur dan Pathology
Aku gusar dengan masalah tidur aku siang tadi.. aku buat keputusan untuk mengambil cuti bagi mengelakkan aku ke klinik dan diberi MC oleh doktor bertugas. Nyata sangkaan aku tepat. Jam 6 ptg kepala aku mula berdenyut dan tengkok mula sakit.. tanda-tanda tekanan darah melambung tinggi- faktor usia jugak..
Hampir 4 jam jugak aku tertidur selepas ambik dadah tidak terlarang bagi membolehkan aku berehat..
Pathology- disebabkan masalah kordinasi badan yang tak berapa stabil, aku menonton HBO, bukan..., STAR MOVIES..! Filem Pathology, direksi dari Mark Scholermann.. ditulis dengan begitu impressive oleh Mark Naveldine dan Brian Taylor.
Tak banyak yang menarik dalam cerita nie melainkan teka-teki si hero lakonan si Milo Ventimiglia terjebak dengan sekumpulan geng doktor gila dalam kelas tempat dia study.
Jalan cerita mudah-membunuh, kemudian buat pembentangan dihadapan sekumpulan doktor gila, dan mereka mula berteka-teki tentang punca kematian mangsa... yang dibunuh sendiri oleh ahli kumpulan berkenaan- Cendiakawan Bodoh!
Antara sebab aku tak suka sangat menonton thriller movie yang agak perlahan dan teka teki yang terlalu ilmiah sebab adakalanya fakta itu tidak masuk dek akal. Terlalu obses dengan sains dan biologi.. dan aku bukan dari airan tersebut masa sekolah-punca jugak..!
Yang menjadi tumpuan hanyalah setiap kali Lauren Lee Smith muncul di screen buat aku memberi tumpuan.. lawa minah nie, maklumlah darah minah saleh Kanada. Sekarang dah act dalam CSI Vegas.. ermm sama jer aliran lakonannya.. ada kait mengait dengan biologi dan jenayah.. bak kata pepatah orang tanah melayu, kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.. betul ker pepatah nie??? pandai la tafsir..
'..Maafkan I sebab tak jemput u kenduri kawen i 5 tahun lepas..'- my wife jealous...
Dan jika tak mengalami masalah tidur siang tadi, aku mungkin tak menonton filem bodoh ni kali kedua... mungkin aku sedang hebat bertugas di akuarium sambil melayari meebo,malaysiakini, dan facebook. Apapon filem Mamat Khalid dan Afdlin Shauki gak yang sempoi dan terbaek!-dasar melayu berkulit coklat!
Posted by Emmed at 12:04 PM 0 comments
2010 - FIFA WORLD CUP - Pelakon Lelaki Terbaik
* Date of Birth: 11 May 1984
* Height: 170 cm
* Shirt number: 6
* Position: Midfielder
* Current club: Barcelona (ESP)
* International Caps: 48
* International Goals: 7
* First international: Spain - Russia (27 May 2006)
Perhatian! Aku bukan penyokong Nederland- tapi aku cukup tak suka kalau dalam satu-satu game ada yang lebih suka jadi pelakon dari jadi pemain bola macam budak Andres Iniesta nie. Satu gangguan yang amat perit untuk diterima oleh pasukan lawan. Begitu juga Robben... terlanggar baju pasukan lawan jer dah cukup buat mereka jatuh berguling macam kena langgar dek mat rempit..- Cukup sial!
Persamaan-Kedua-duanya maen dalam La liga!! See..??? Itu sebab aku tak suka tengok La Liga biarpun mereka cukup hebat kat Europe..
Anyway syabas pasukan Spain yang lebih banyak provoke referee dari main bola..!
Syabas jugak buat Nederland sebab berjaya main macam Selangor dan Kelantan kelmarin.. pengaruh Liga Super Malaysia agaknya...
Posted by Emmed at 2:13 PM 0 comments
Labels: Wa kena beb
Mungkinkah ini punca Abg Subki Din kita asyik pegang HUBLOT jer..
Apapon Abang Subki tetap terbaek..!!!
Posted by Emmed at 7:14 AM 0 comments
Labels: Wa kena beb
TM Liga Super... Suka Sangat Meniru..
Malam tadi aku sempat menonton live perlawanan kedua TM Liga Super antara Selangor lawan Kelantan, macam sual, mungkin sebab dah biasa menonton 'fast match' dan 'total football' kat world cup, rasa game tadi macam perlawanan antara Felda Sungai Rokam lawan Felda Jengka 13.
Dalam sibuk tuan haji Zainal mengulas perlawanan dengan 'ordinary tag' atau lebih glamour dipanggil 'pundit' dalam bahasa sokernet, aku terdengar bunyi 'vuvuzela'-alatan atau benda yang menghasilkan bunyi yang amat bising ketika perlawanan world cup, tengok mudahkan orang kita meniru benda buruk yang orang lain buat..??
Mercun dan adegan baling botol dalam padang tu dah memang 'tagline' football supporter kat malaysia nie sebelum game bermula.. lebih teruk lagi adegan bakar kereta polis-sedia maklum, penyokong kelantan jer berani buat macam tu!
Tapi jika diamati, kualiti permainan di tengah padang,-hancur! Kalau kita ingat, penyerang yang memalitkan kan arang kat muka Van de Sar masa Malaysia jumpa MU tempoh hari boleh miss kick depan gol! Perhatian!! Gaji diterima secara bulanan kalau tak silap melebihi 4 angka... tapi adegan sepak tak kena dan sepak tanah depan gol masih lagi dipaparkan sebagai antara aksi paling 'bahaya' (dikategorikan oleh pundit malam tadi). Setakat jaringan melalui tandukan paras tanah memang biasa dah dia buat.. - Ituah Amri.. dah habis dah sumpahan demi sumpahan ketika menyaksikan deretan peluang depan gol dia buat macam perlawanan persahabatan jer.
Dan aku sedikit kecewa sebab Shah Alam dah hampir jadi gelanggang milik penyokong Kelantan. Aku tak salahkan penyokong, sebab setahu aku jadual perlawanan mlm nie sepatutnya menemukan Selangor dan Perak. Tapi sedia maklum, Persatuan Kenasepak M'sia mempercepatkan jadual perlawanan dan menjadikan perlawanan kedua selepas rehat penjang adalah antara Selangor dan Kelantan. Rata-rata penyokong tempatan sebenarnya tak begitu pasti keadaan ini.- salah penyokong jugak tak baca akhbar perdana-:P dah selalu sangat beli harakah dan suara keadilan gamaknya..
Syabas jugak buat penyokong Kelantan kerana lebih faham dengan situasi ini berbangding die hard fan selangor yang majoritinya menonton di rumah... hujan lebat dan tidak mahu bersesak ketika masuk dan keluar stadium jugak satu major faktor malas nak ke stadium malam tadi..
Keseluruhannya, perlawanan malam tadi tak membosankan. Aku tabik kat pengadil dan pemain sebab berjaya mengawal emosi penyokong disebalik kerancakkan perlawanan... iktibar untuk persatuan bolasepak negara, next time, tolonglah war-warkan secara menyuluruh tentang pertukaran jadual perlawanan kat semua bentuk media. Aku antara mangsa yang tak berapa pasti tentang jadual malam tadi.. Hampeh!
Posted by Emmed at 9:41 AM 0 comments
Labels: Wa kena beb
ACHTUNG-ATTENTION-PERHATIAN!
Atas arahan penerbit blog Jantan Jalanan Jahanam, aku rela dan terpaksa kerana pertama, menukar nama blog dengan tidak meletakkan perkataan JAHANAM pada 'title' cerita ini, nama neraka katanya... aku terima- Kedua, 'please stop writing about your love story..' cause tiada kena mengena dengan dia- Aku terdiam, gaya cemburu gamaknya.. dan atas dasar kelembutan hati seorang lelaki aku terpaksa memendamkan hasrat menghabiskan cerita yang baru dua bulan aku tulis- KEJAM!!
Dan aku memohon maaf kepada mereka-mereka yang menanti akhirnya cerita ini kerana aku terpaksa akur dengan kehendak dia.
Namun aku tidak akan berpatah arang berkerat rotan,....korang paham tak peribahasa nie?? tak paham?? buta bahasa betol..., lantak korang la! carik dalam kamus peribahasa melayu sendiri, bukan Diari Rogayah!
Aku akan terus menulis dalam apa jua tajuk dan aku akan cuba memberi priority berkenaan pengalaman yang akan aku lalui dengan masyarakat sekeliling yang boleh dijadikan bahan untuk di kritik dan diperbaiki.. senang cerita.. 'social critics mood'. Tak paham jugak??? sekolah mana la nie..?? Carik sendiri dalam kamus Fajar atau Oxford. Kalau celik IT lagi bagus pi kat Google Translate.. senang bukan??
Secara peribadi, kedua-dua faktor diatas juga bukan penyebab aku lama tak menulis tentang Jantan Jalanan Jahanam. Faktor yang paling utama entry blog ini lama tidak di update disebabkan kesibukan kerja sejak pulang dari Eropah atau lebih tepat Germany, sebuah negara yang pesat membangun semula selepas WW-II (World War-2).
Aku kesana atas urusan kerja, tiada lebihan duit untuk urusan peribadi. Dalam bahasa kasar syarikat tempat aku bekerja yang sponsor, bukan bercuti, tapi membuat analisa dan statistik bagaimana mereka di sana bekerja dan aku kena buat jugak benda yang sama apabila pulang nanti. Sekali lagi, dalam bahasa kasar, belajar ambik kerja orang! Pengaruh kapitalis! Kenapa?? Sebab sistem kapitalis berkiblatkan keuntungan semata-mata, biarpun terpaksa melihat public atau orang awam dalam sesebuah negara menganggur.. dan ini tidak mustahil terjadi pada aku dan rakan-rakan yang lain bilamana ekonomi tanah melayu ini tidak stabil dan kos sara hidup dah mengalahkan mat saleh yang tinggal kat miami atau florida... tak percaya?? tunggu dan lihat..
Sebelum ini aku pernah juga dihantar ke kepulauan Riau dan tanah arab untuk melakukan kerja yang sama, namun di eropah pengalamannya agak berbeza.. mungkin satu hari nanti akan aku ceritakan pengalaman-pengalaman tu.. satu hari nanti,jika tidak sibuk dengan urusan kerja lagi.... sekali lagi aku memohon maaf atas perkara-perkara yang disebutkan di atas...
Posted by Emmed at 11:45 AM 0 comments
Labels: kachiwa
Cerita 15 - Kegagalan .. 'just a coma'
Kegagalan adakalanya menyebabkan kita sebagai manusia biasa mudah hilang punca. Kegagalan juga menyebabkan kita akan terus turun ke bawah dan mengekalkan tahap dimana kita selesa berada. Dan disebabkan kegagalan, kadangkala kita terlupa macam mana nak merancang untuk terus naik. Aku mula terpikir andai ditakdirkan aku gagal dalam SPM, macam mana aku nak menghadapinya. Ntah macam mana setiap kali aku berseronok dengan kawan-kawan jahanam, otak aku akan sering mengingatkan aku benda yang tak sepatutnya aku fikirkan masa tu. Sedang asyik tengah mandi manda kat sungai tadi aku boleh terpikir andai aku gagal, apa yang aku nak buat lepas nie?
Nak mengulang balik SPM untuk tempoh setahun lagi? Mungkin… Tapi yang penting bukan di sekolah yang sama. Mana nak letak muka beb? Jatuh saham jantan paling selamba kat sekolah.. Aku teringat kata-kata Boy masa tengah mandi manda tadi. Dia kata dia nak jadi ‘dispatch’ jer. Cukup jujur matlamat dia. Yang aku kagum dia kata janji rezeki halal, kerja enjoy, tak pening kepala. Lagipon dia akui dia memang tak sepandai aku dan kawan-kawan jahanam yang lain.
Ntah la.. aku mengeluh.. kalau setakat itu jer yang dia mampu nak pikirkan apa aku boleh buat. Sebagai kawan kena hormat cita-cita dia. Aku..? Aku rasa aku lagi teruk. Aku tak tau apa aku nak buat lepas nie. Sekurang-kurangnya orang yang mengaku diri dia tak pandai ada juga matlamat untuk teruskan hidup. Aku ntah hanyut ntah kemana. Hisap rokokpun masih lagi harap duit abah aku yang bekerja dari pagi sampai malam nak sara kami 5 beranak.
Aku terus termenung.. aku singkap tingkap bilik yang jarang di bukak. Malas nak mengadap pokok-pokok bunga mak aku yang berbagai jenis warna tapi tak mendatangkan hasil. Tanam pokok cili ke timun ker ada gak hasil. Dah jadi naluri aku yang agak-agak ‘basic’ dalam serba serbi. Aku menjauhkan pandangan mengadap jauh nun ke bukit ladang kelapa sawit. Jentera-jentera berat tengah sibuk menarah bukit-bukit yang sekangkang kera tu. Apa nak jadi dengan dunia nie. Susah payah tanam, tunggu hasil, lepas tu tebang. Tu semua terikut-ikut idealogi kapitalis. Nak untung cepat. Rasa aku belum sampai setahun pun tanah kat area Puchong nie di wartakan sebagai kawasan industri dan perumahan. Mudah benar diorang dapat hak milik tanah untuk di majukan. Hati aku mula risau andai segala-gala keseronokkan dan suasana sentimental yang aku lalui dengan geng-geng jahanam akan musnah dimamah pembangunan.
Keputusan SPM akan diumumkan dalam tempoh 2 bulan lagi. Esok aku kena carik jugak kerja sambilan sementara menunggu keputusan keluar. Ermm dah rasa malas nak bangun lewat. Esok aku bersemangat nak bangun awal pagi pulak. Boy dan Adi Leman pun keluar cari kerja jugak esok. Destinasi?? Kilang depan kampung ni jer kot. Kilang perabot yang baru 3 tahun beroperasi. Aku akan mencuba nasib. Tak kisah la kerja apa pun janji dekat dengan rumah, senang nak balik makan. Tak payah pening-pening kepala nak bangun pagi naik bas. Apapun aku kena pikirkakn sebarang kemungkinan lepas keputusan keluar. Aku kena merancang biarpun rancangan tu ibarat anjing menyalak bukit. Rancang tapi tak jadi apa. Sekurang-kurangnya aku ada persediaan mental andai keputusan peperiksaan tak menyebelahi akal kosong aku. Perlahan aku menutup kain langsir yang menghadang cahaya matahari masuk ke bilik aku. Aku merebahkan badan ke tilam… terus tertidur…
Posted by Emmed at 11:35 AM 0 comments
Labels: diary of jantan jalanan
BeBaS - MeRdEKa-----
Posted by Emmed at 8:23 AM 0 comments
Labels: kachiwa
Cerita 14 - Langkah Sumbang
Sudah hampir 2 minggu aku meleraikan kekusutan menelaah pelajaran dari umur aku 6 tahun sampai la umur aku sekarang. 2 minggu juga tamatnya peperiksaan terakhir bagi jantan yang malas nak pakai uniform sekolah macam aku ni. Aku merasakan begitu bahagianya naluri jantan jalanan ni lepas tamat kertas terakhir SPM pada tahun itu setelah hampir 2 tahun aku menghadapi gerak gempur yang diadakan 3 bulan sekali sejak memasuki tingakatan 4. Sual sungguh! Bayangkan 3 bulan sekali ‘exam’ naik menyampah tengok pesil 2B, naik menyampah tengok kertas bergarisan biru berlogokan lambang sekolah, naik menyampah membelek kertas biru berisikan soalan-soalan. Dan yang paling menyampah habis kertas terakhir gerak gempur kena sambung balik sukatan pelajaran baru. Sual tak??? Tak bagi ‘chance’ langsung nak manja-manja dengan kawan-kawan sepe’montengan’.
Namun itu bukan alasan untuk aku tidak memonteng. Ada jugak antara subjek-subjek yang aku kurang gemar dengan cara pertuturan cikgu yang mengajar tu, aku selamba jer keluar buat hal aku. Malas nak melayan provokasi mereka-mereka yang kurang senang dengan keseronokkan aku lepas tamat gerak gempur. Malas nak layan. Diorang ni pon satu, macam la tak sibuk nak tanda kertas-kertas periksa tu, sibuk nak cepat habiskan sukatan tanpa mengira tahap tekanan kitorang masa tu. Mana nak layan stress jawab soalan, mana nak layan awek yang dah 2-3 kali hantar surat tapi tak pernahnya yang balas. Itu awek yang jauh, awek yang seberang bilik darjah tak kira lagi tu, mana nak lepak kat tangga dengan diorang lagi, sibuk mengalahkan YB Kinabatangan adanya aku masa sekolah tu. Tapi itu semua beberapa bulan dan 2 minggu yang lepas. Hari ni? Setiap kali bangun pagi aku dah tak pening nak pikir kat mana ‘port’ nak isap rokok hari ni. Setiap kali bangun pagi, aku dah tak pening nak pikir kat mana nak lepak bila cikgu matematik masuk selama hampir sejam nanti. Igaaun-igaun ngeri itu sudah 2 minggu berlalu.
Tapi satu suasana berbeza juga berlaku sekali lagi dalam hidup jantan ni. Aku dan keluarga berpindah sekali lagi ke Puchong, tanah tumpahnya darahku. Rindu nak kena kejar dengan babi hutan, rindu nak curik tembikai, rindu nak mandi sungai dan lombong, rindu nak tembak ayam hutan kat ladang kelapa sawit, rindu itu, rindu ini. Aku rasa nak menjerit hari ni. Seronoknya aku kembali ke pangkuan tanah yang mengajar aku jadi budak kampung yang selamba. Dan apa yang menjadi keutamaan aku hari ni, nak cari si Boy dengan Adi Leman. Aku rasa Boy dan Adi Leman dah balik dari asrama masing-masing semalam. ‘Kompom’ diorang ada kat rumah pagi ni. Aku dengan selamba, selepas sarapan, memulakan langkah ke rumah Adi Leman yang terletak di hujung simpang. Adi Leman seperti biasa sudah bangun awal, terbiasa dengan jadual asrama gamaknya, sedang ayu-ayu kucing menyidai baju di belakang rumah. Menyusuri denai di belakang rumah Adi Leman mengingatkan aku aksi ‘kombat-kombat’ tatkala kami berusia 8 ke 10 tahun dulu. Seronok menyorok di celah-celah pokok nenas yang di tanam Cik Som. A’h itu dulu sekarang, dah besar, dah pandai isap rokok, dah pandai pegang-pegang tangan anak dara orang, takkan nak main ‘kombat-kombat’ lagi, kena main benda yang lagi ‘adventure’ kat omputih.
‘Beb! Ek eleh, apa barang berkemban pagi-pagi sidai kain, macam anak dara la lu bai’ sapaku menyindir kat Adi.
‘ Eh, sual, aku sidai spender la bai, ngko lain la spender sendiri pon mak tolong sidaikan’, balasnya dengan nada selamba. Langitku rasakan gelap seketika tatkala kata-kata itu di luahkan.
Aku kelu. Malas aku nak layan angin mangkuk ni, getus hati yang tengah hangit terbakar.
‘Di, ada pegi mana-mana tak pagi ni?’ soalku lagi. Dalam kepala otak aku rancangan paling best hari pi mandi sungai jer sebenarya hari ni.
Adi membetulkan batu penghadang pokok nenas maknya. Dia duduk dengan tenang sambil mengeluarkan kotak Dunhill 7 yang berada dalam lipatan kain pelikat yang di pakainya. Dengan tenang dia mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya sambil menghulurkan kotak Dunhill tu kat aku. Aku capai serentak dengan tu, aku komot dan aku campakkan semula.
‘Chess!! Dah habis baru nak hulur, songol la lu bai!’, bentak aku. Adi terkekeh-kekeh ketawa.
‘Sial ! Pagi-pagi dah kena kan aku’.. getus hati aku lagi.
Aku tanpa lengah mengeluarkan Dunhill 14 yang baru aku beli di kedai tadi. Mewah rasanya kalau baya-baya aku ni dah hisap Dunhill 14. Adi terngaga. Kaget melihat kotak rokok yang aku keluarkan tadi. Aku mencucuh api dan terus melayan asap rokok di bawah pokok bacang dan dikelilingi pokok nenas di belakang rumahnya. Aku dan Adi menyusun dan merangka aktiviti tak berfaedah untuk jadual hari ni. Boy, Henry dan Padli semua dalam perancangan untuk di hubungi. Yess ! Gathering untuk jantan-jantan jahanam akan kami laksanankan hari ni. Itupun kalau mangkuk-mangkuk lain setuju nak lepak kat sungai sambil mandi manda dan bertanya khabar setelah hampir 5 tahun buat hal masing-masing. Hati aku cukup gembira. Tiada lagi kegersangan memikirkan anak dara orang. Yang aku pikir, nak enjoy dengan mangkuk-mangkuk ni sebelum keputusan SPM keluar 2 bulan lagi. Yieeeha!
Posted by Emmed at 12:00 AM 0 comments
Labels: diary of jantan jalanan
Cerita 13 - Jiwa Kacau
Tinggal hanya 3 bulan saja lagi peperiksaan SPM akan bermula. Rata-ratanya untuk mereka-mereka yang lahir antara tahun 79' dan kebawah, rasa aku..., sebab kalau ke atas dah tahun 80' dah tentu la kebawah yer tak? Aku?? Aku masih lagi tercari-cari rentak untuk memecah kebuntuan Pangkat 2 yang tak pernah sekali pon melonjak ke Pangkat 1 sejak peperiksaan gerak gempur di adakan sejak aku berada di tingkatan 4. Aku terus menerus berusaha untuk sekurang-kurangnya mendapat agregate 23, agregate paling sikit untuk aku meletakkan nama dipapan kenyataan sekolah. Namun aku sendiri tak tahu kenapa aku sukar berada di kalangan mereka yang mendapat pangkat satu. Mungkin sebab aku masih lagi meneruskan usaha memonteng bersama geng-geng jahanam yang lain membuatkan cikgu-cikgu kelas agak lokek menghadiahkan markah simpati untuk aku dan rakan-rakan yang lain.
Sesekali rasa kaget dan cuak itu timbul menghantui, dan lebih membuatkan jiwa aku lebih kacau bak gaya mat bangla kena cekup dgn awek bohsia, bila terima surat dari Fariza yang kerap memberi perangsang agar aku terus jadi orang. Itu semua duri dalam daging yang membolehkan nawaitu aku terpesong. Adakala terasa jugak nak membalas surat tu dan bagitau dia, cita-cita aku sebenarnya nak kerja kilang jer. Dan terasa jugak nak tambah, kalau dapat jadi supervisor kat kilang tu pun dah kira besar dah hajat aku, supaya dia tak letakkan harapan tinggi kat aku. Lagipon aku belajar untuk aku, bukan untuk dia, nak sama-sama dia kat menara gading.
Kadang-kadang jugak aku terpikir, kalau setakat belajar bersungguh-sungguh untuk ke menara gading, kemudian? Bekerja dengan orang, asal 'smart' sikit jer gaya berpakaian ketempat kerja tu, mak abah dah cukup suka dah. Jiran-jiran pon dah dok mengira umur anak dara diorang kalau boleh nak buat menantu. Tu la semua tu attitude orang Melayu, mind set yang kadang-kadang aku sendiri tak paham. Apa salahnya kerja kilang?? Asal dapat duit halal.. Apa salah kalau berniaga kat pasar malam ker, berniaga kat pasar basah ker, silap hari bulan duit bulanan si peniaga-peniaga ni dapat lagi mewah dari mereka-mereka yang berpakain kemas, masuk kerja pukul 8 pagi sampai 5 petang, tapi hujung bulan gaji tak cukup, hutang sana, hutang sini.
Ntah lah malas aku nak pikir kehendak masyarakat aku sendiri. Yang penting aku usaha setakat yang aku mampu, kalau dah nak gagal nak buat macam mana? Janji aku tak susahkan orang lain. Fariza pulak akhir-akhir ni asyik call dan cuba nak bagi semangat yang pada aku sebenarnya memberi tekanan. Menyampah pon ada kadang-kadang. Namun bagi jantan jalanan macam aku kena selamba. Tekanan-tekanan sebegini sebenarnya kena anggap macam cabaran teh tarik jer. Kena buat ala-ala selamba. Kalau dipikirkan sangat rasa macam nak balik sekolah darjah satu pon ada.
Aku teringat sorang senior aku yang beperwatakkan ala-ala selamba la jugak. Dek kerana terlalu selamba, waktu datang ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, dia mengendong anak-anak kembarnya bersama seorang perempuan yang jugak kekasih dia masa sekolah dulu. Aku tanya dia bila masa dia kawen? Dia cakap masa sekolah lagi, tapi mak bapak tak tau, kawen sendiri, bila dah terlanjur dan perut aweknya dah berisi budak, barulah mereka bernikah, namun apa yang aku respect kat mamat nie, masa tu satu sekolah tak tahu, waima, cikgu sekolah pon ala-ala terperanjat berok gaya peserta AF kesayangan diundi keluar adanya hari keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan tahun itu. Namun mereka bernikah atas urusan keluarga setelah mengetahui kedudukan si kekasih hati yang dah tak 2 bulan tak datang haid.
Dan bak kata orang, dah rezeki anak, mereka berdua mendapat keputusan yang begitu cemerlang, yang buat aku tak sangka, senior aku yang sama-sama mendidik aku memonteng dan cara-cara nak cover line time isap rokok kat toilet boleh score 8A1. Geleng kepala aku, bukan setakat kiri ke kanan, atas bawah depan belakang aku geleng. Macam tak percaya. Namun selepas hampir setahun, aku dengar hanya dia yang menyambung pelajaran ke menara gading kerana isterinya tak sanggup meninggalkan anak kembar kesayangan mereka. Dan lebih beruntung badan, pengajian senior aku ni di tanggung sepenuhnya oleh pak mertua yang memang dikenali sebagai ahli perniagaan yang agak-agak mahsyuk.
Kalaulah aku di tempat senior aku nie, dah lama lingkup dah business pak mertua. Dan dalam aku asyik mengelamun tu, baru aku teringat esok aku kena pergi sekolah. Jam dah pukul 4 pagi, belajarnya tidak, mengelamun nya banyak. Kalau akal kata aku ni macam mat jenin, marah pulak hati, dan hati kena selalu jaga beb, bukan apa sebab mood nak study tu datang dari hati, kalau tak der mood payah beb. Aku terus mengemas buku-buku yang bersepah di atas meja. Surat Fariza aku campakkan saja di dalam bakul sampah, malas nak baca dah, tak masuk periksa pon. Sedang dok mengemas, jatuh pulak gambar-gambar menarik milik Fariza dari celah-celah buku. Aku terus mencapai gambar-gambar tu, aku baring ke katil sambil merenung jauh muka anak Pak Mail yang sering buat aku sasau satu ketika dulu. Dia cantik, bijak, dan agak pandai jika nak dibandingkan dengan aku.
Aku mengelamun lagi membayangkan andai aku berjaya dan bekerja suatu hari nanti, bagaimana hidup aku dengan dia bila dah berkahwin, punya anak.. Ah sudah, jauh angan-angan aku. Namun jauh di sudut hati aku merasakan dia bukanlah orang yang akan mengisi kerusi di sebelah kerusiku di pelamin suatu hari nanti. Ada sedikit kekurangan yang ada pada gadis ni sebenarnya, dia terlalu mengharapkan aku, mudah memberi sepenuh kasih sayang, maksud aku membuta tuli, dan itu membuatkan aku mudah bosan dan rasa tak mencabar menjalin kasih sayang. Lagipon aku tak der la romeo dan berayat jiwang dengan dia, malah dengan yg lain pon sama jer.. selamba itu perlu ada.
Dan aku mesti fokus dengan pelajaran aku, Fariza terpaksa aku lupakan mungkin sampai bila-bila, biarlah dia dapat lelaki yang boleh jaga hati dia, tak macam aku ni, buat tak pedulik jer. Aku pon dah mual nak berjiwa-jiwa dalam keadaan aku mencari hala tuju aku lepas nie. Kengkawan jahanam lain dah sibuk tak keluar malam dan tidur berbantalkan buku, takut lepas ni kena kerja kilang. Aku?? Aku macam biasa, tak kisah apa nak berlaku adanya....
Posted by Emmed at 11:24 AM 0 comments
Labels: diary of jantan jalanan
Cerita 12 – 'Moral of The Story'
Fariza lemah melepaskan genggaman erat tangannya tatkala bersalaman dengan aku selepas waktu rehat tadi. Air matanya menitis namun sedaya upaya di tahannya namun hakikat ‘perempuan tetap perempuan’ itu terbukti di depan mata aku sendiri hari ni. Gadis yang begitu cerdik, pandai, bijak dan senang cerita ‘charming’ la kata omputeh akhirnya tewas dengan air mata yang tercetus dari hati yang ikhlas.. cukup ikhlas aku rasa, setakat yang aku kenal dia selama 2 tahun ni.
Hari ini merupakan hari terakhir dia di SMS 18, selepas ni dia akan meninggalkan aku dan memulakan hari baru di salah sebuah MRSM di Pantai Timur. Sekali lagi, buat kali kedua aku terpaksa ditinggalkan oleh ‘booster’ yang selama ini menolak diri aku supaya membukak buku setiap kali balik sekolah atau aura alpha yang selama ini mengajak aku menelaah buku supaya tak gagal dalam akademik. Walaupun akademik aku tak la seteruk attitude aku, namun aku masih lagi di dalam golongan mereka-mereka yang mendapat perhatian guru setiap kali tamat peperiksaan penggal.
Kali pertama aku ditinggalkan apabila Sharini melangkahkan kaki ke Sekolah Menengah Agama Tinggi Hyshamudin Klang. Dan aku tak rasa sangap sangat sebab aku bukan ada apa-apa pun dengan dia, cuma aku jer yang suka kat dia dan dia belum tentu. Tapi hakikat dia antara penyebab aku berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya jugak macam dia tu merupakan satu fakta. Ego lelaki mungkin. Dan kali ini aku kehilangan ‘booster’ yang selama setahun ini membuatkan aku tak pernah gagal dalam peperiksaan ‘gerak gempur’ untuk menghadapi SPM pada tahun itu.
Namun aku tak merasa apa-apa sebenarnya. Cuma mungkin rasa simpati dan ada sedikit rasa kecewa sebab hilang seorang kawan yang boleh membantu.. Kawan??? Ahak! Ok la, awek la.. sebab Fariza memang tak mahu berterus terang perasaan dia kat aku. Dia pernah bagi tau yang aku sepatutnya tau perasaaan dia kat aku. Kata-kata tu seolah-olah buat aku rasa dia awek aku. Cuma dia tak pernah menidakkan atau mengiyakan. Sebelum pulang dari sekolah dia bertekad untuk ponteng kelas tambahan dan bertemu dengan aku dekat satu lorong tempat kami selalu berjumpa waktu petang sebelum aku ‘training’ bola. Lagipon itu hari terakhir dia di sini sebelum berangkat ke Terengganu esoknya.
Petang tu aku tak ada ‘training’. Aku sampai 5 minit awal dari masa yang di janjikan. Fariza masih lagi di muka lorong menuju ke tempat aku melepak. Macam biasa aku bawak ‘bodyguard’ merangkap tukang ushar ‘line’, mana la tau lalu pulak ustaz ke bilal ke time-time tgh syok borak-borak tu. Padli la sahabat setia yang sanggup membantu. Sesampai sahaja di bangku tempat aku duduk, Fariza menyerahkan sampul berisi album yang penuh dengan gambar aku dengan dia. Dia tau aku tak pernah simpan pon gambar yang selalu kami ambik setiap kali ada ‘function’ kat sekolah. Boleh hilang moral sebagai jantan jalanan beb, simpan gambar-gambar mcm gitu! Namun aku tak nak menghampakan gadis yang membuatkan aku sedikit fokus kat akademik selama ni. Aku capai jugak album tu. Fariza senyum dan sekali lagi aku nampak air mata bergenang di kelopak matanya yang bulat tu. Aku serba salah, aku ke yang nak tinggalkan dia atau dia yang nak tinggalkan aku. ‘Confuse’ jugak aku kadang-kadang dengan minah ni.
Kami sempat berbual selama 25 minit sebelum Padli datang dan mintak duit seringgit buat beli rokok, sebab Dunhill 7 yang kami ‘tong-tong’ beli tadi dia dah habiskan. Fariza sekali lagi menggenggam erat tangan aku sambil mahukan aku turut sama berusaha ke menara gading. Adus.. berat permintaan minah ni. Aku hanya mampu diam. Jauh berbeza keazaman antara aku dengan Fariza. Dia beriya-iya mahukan aku sampai ke menara gading supaya suatu hari nanti kami boleh bertemu sekali lagi di sana. Aku betul-betul kelu. Mampu ke aku?? Ah lantaklah.. bentak hati aku.
Dan sebelum dia meninggalkan aku duduk keseorangan kat bangku tu, dia sempat meletakkan bibir halusnya ke pipi aku. Berderau darah aku masa tu. Gila minah ni! Dia merenung tajam ke anak mataku dan sekali lagi memohon supaya aku berubah jadi orang dan bukan ‘memerang’ seperti yang selalu diguraukan sewaktu pulang dari sekolah. Sedih nadanya berbaur lucu...
Aku terus termenung sementara menuggu si Padli sampai. Ketagihan merokok dah mula hilang. Aku mula memikirkan kenapa orang lain yang tak ada kaitan darah dengan aku tiba-tiba jer suruh aku berubah? Kenapa arahan itu perlu datang dari pemikiran orang lain dan bukan dari naluri hati aku sendiri? Aku hilang sebenarnya. Hilang dalam terang. Hilang diri sebenar sebab leka dengan keseronokkan yang aku ada pada masa tu. Keseronokkan bersama rakan-rakan jahanam yang lain. Tapi walaupun kami jahat dan tak sebaik budak-budak lain, kami masih lagi berada dalam golongan pertengahan dalam akademik. Keputusan peperiksaan tak pernah menghampakan cikgu-cikgu yang mengajar. Cuma ada la 2-3 subjek yang agak goyah, cukup-cukup makan. Tapi itu semua tak mengganggu kredit kami untuk mengelakkan jatuh ke pangkat 3 dalam exam.
Dan buat pertama kali aku merasakan satu kehilangan. Kehilangan seorang yang boleh dijadikan ‘booster’ untuk melangkah setapak lagi untuk berjaya dalam akademik. Tapi biasa la manusia, masa dekat, buat bodoh jer, bila dah nak jauh baru la nak tercari-cari.. Aku tiba-tiba kaget, mampu ker aku teruskan ‘mood’ aku sekarang. Aku terus termenung… dan aku teringat cerita penceramah motivasi tahun lepas. Budak tu langsung tak menyangka dia akan menjadi raja dan langsung tak menyangka akan berkahwin dengan puteri raja, malah tak pernah mengimpikan untuk kaya. Namun atas kekuatan azam dan semamngat untuk terus hidup, dia berenang jugak sampai ketepi kolam menyelamatkan diri. Semuanya terjadi secara kebetulan. Tanpa sebarang impian dan perancangan yang di susun rapi. Tapi di sebabkan keazaman untuk terus hidup, dia mendapat sesuatu yang tak pernah diimpikan selama ni.
Maka aku harus menjadi seperti budak tu. Nak tak nak, aku kena usaha bukan untuk Fariza tapi untuk aku sendiri… dan mulai saat itu, aku mulakan hari aku semula, cuba belajar mencari ‘booster’ dari dalam diri aku sendiri. Awek ?? Sok lusa kalau dah pandai, dah masuk universiti, berlambak awek kat luar sana. Nak dengan tak nak jer. Aku melangkah longlai berjalan kaki pulang kerumah. Padli ntah pegi mana ntah. Tak boleh harap langsung.. aku dah start rasa nak merokok balik ni. Rokok kat dia pulak tu.. sual!
Posted by Emmed at 1:51 PM 0 comments
Labels: diary of jantan jalanan
Cerita 11 - Jantan, Raja, Puteri, dan Budak Tak Bersalah .. moral of the story ??
Hari kedua berada dalam kem motivasi buat aku jadi hilang akal. Mana tidaknya, awal-awal lagi stok rokok yang di bawa dari rumah kena rampas dek fasilitator. Geng-geng jahanam aku yang satu sekolah semuanya dah dipecahkan ke kumpulan lain. Tinggal lah aku dengan 2-3 geng jahanam dari sekolah aku yang disatukan dengan jahanam-jahanam dari sekolah-sekolah lain dari sekitar Klang dan Shah Alam.
Ini semua berpunca dari bergaduh atas astaka sekolah minggu lepas. Ini jugak si Parid, Boy, Abe dan geng-geng yang lain punya pasal. Tak reti nak sabar langsung ! Minggu lepas, selepas sahaja perhimpunan, Abe dan Parid, geng-geng jahanam aku satu sekolah kena belasah dengan geng-geng jahanam budak india, jugak satu sekolah dengan aku. Punca kena belasah pon sikit amat, setakat terlanggar bahu sikit jer. Tapi nak buat macam mana kan, otai kena jaga maruah beb, terlanggar bahu pon tak boleh. Bongok punya Parid !
Jadi sebagai pembalasan, aku dan geng-geng jahanam yang lain ‘repeat’ balik lepas jer perhimpunan hari Isnin. Yang bestnya cikgu-cikgu belum pon sempat masuk bilik guru lepas perhimpunan tu, kitorang dah sesah mamat india ni ramai-ramai. Jadi bila dah ramai-ramai tu 'havoc' la jadinya. Maka di sebabkan aku antara orang yang 'obvious' belasah budak india tu, maka aku antara orang yang pertama kena tarik dek pengetua, yang baru sehari menjejakkan kaki ke sekolah aku.
Sebenarnya masa perhimpunan, sebelum aku dan geng-geng yang lain lanyak budak india ni, pengetua aku dengan bangga menyampaikan hadiah untuk Kejohanan Silat Olahraga Bawah 18 tahun anjuram MSSSM. SMS 18 merupakan johan peringkat daerah dan pengumpul mata tertinggi peringkat negeri. Maka dengan itu aku dan geng-geng jahanam yang lain terpaksa lah jugak menunjukkan kehandalan pesilat-pesilat simpanan sekolah termasuk tukang-tukang karate dari geng-geng jahanam budak india. Saja je nak publisiti jugak adanya.
Dan selepas di sesah sedas dua dek Cikgu Mursidi, aku dan geng-geng jahanam yang lain kena hantar pi kursus motivasi selama 4 hari dekat Kem Ampang Pecah. Bosan sungguh ! Dah la jauh, ulu pulak tu tempatnya.. nak lari balik macam mana ?? Nak tak nak gagahkan jugak la duduk kat situ 4 hari… 2 hari sebenarnya, sebab hari ke 3 kami berempat dengan jayanya balik sendiri sebab dah tak tahan tak dapat isap rokok. Aku, Abe, Parid dan Ej dapat meloloskan diri melaui lubang tikus belakang kem. Tapi pada aku itu buleh dikira satu kerja gila sebab kami lari dalam gelap malam dan kami memang tak pernah pon melalui jalan tersebut waktu malam. Itu belum cukup mencabar bagi aku sebenarnya. Yang lebih mencabar ialah, secara tiba-tiba otak aku buat pertama kalinya berfungsi dengan betul selepas dengar ceramah dari salah seorang penceramah motivasi sebelum aku melarikan diri malam sebelumnya. Cerita dari penceramah tersebut betul-betul buat aku terkedu dan otakku ligat berfikir, tapi ntah apa yang aku fikirkan pun aku tak berapa pasti. Yang pastinya persoalan itu banyak berlegar pasal diri aku !
Maka berceritalah si penceramah perihal seorang budak yang tidak bersalah dalam sebuah kota yang tidak diberitahu namanya. Arakian raja di dalam kota itu terkenal dengan kesukaan peliknya iaitu memelihara buaya. Terlalu banyak buaya-buaya dari pelabagai jenis dan serata sungai di negeri tersebut di kumpulkan dan diletakkan di dalam satu kolam. Adapun seperti yang terdapat dalam mana-mana cerita purba, tidak dapat tidak, maka raja ni mempunyai seorang puteri yang amat cantik lagi anggun. Susuk tubuh yang menarik yang boleh membuatkan Khairy Jamaluddin berhenti jadi YB dan bisa membuatkan dia lupa pada Maya Karin, kekasih gelapnya !
Berbalik kepada cerita si raja ni tadi. Ditakdirkan ketika umur puterinya mencecah 21 tahun maka umur raja juga mencecah 81 tahun, tua juga adanya. Maka si raja dengan rasa gelisah mula mahu mengahwinkan si puteri yang amat di sayanginya kerana dialah satu-satunya anak yang ada padanya yang terhasil dari zuriatnya, yang seterusnya menutup mulut isteri-isterinya yang terdahulu yang mengatakan beliau mandul adanya.
Dan disebalik kerisauan itu, kerana tiada siapalah yang diketahuinya layak memperisterikan puterinya yang cantik jelita itu kerana kebanyakkan yang ‘propose’ mamandang darjat dan kuasa semata. Sedang leka dia memikirkan bagaimana beliau ingin mencari bakal suami sekali gus pemegang tampuk kuasa kerajaan negeri, maka tercetuslah idea mahu mencari orang dari kalangan rakyat biasa. Maka tercetuslah idea bangang dari memanda menteri supaya mempergunakan kolam buaya yang ada di belakang istana tanpa mempersiakannya.
Berselang minggu, maka berhimpunlah rakyat jelata mahu menyaksikan bakal raja mereka yang bodoh untuk menyeberang kolam yang penuh dengan buaya-buaya ganas seperti yang diwar-warkan sebelum ini kerana barangsiapa berjaya berenang dengan selamat di dalam kolam yang penuh dengan buaya ini maka dialah yang layak memperisterikan puteri raja, mendapat kekuasaan dan satu lagi pilihan di atas tangan si pemenang. Dan diberitakan datanglah juga pawang-pawang buaya mahu mencuba nasib masing-masing. Selepas pengumuman di buat, maka terjunlah pawang buaya yang pertama ke kolam tersebut, belumpon sampai sesuku kolam hanya tinggal tangan sahaja yang terapung di permukaan.
Menjeritlah si penglipurlara memberitahu rakyat jelata akan kegagalan pawang pertama, maka pengumuman seterusnya untuk mengumumkan pawang yang kedua yang mana dikenali lebih handal dari pawang pertama. Dan terjunlah dia sesudah pengumuman di buat, namun jangan katakan suku, semeter pon tidak sempat dia berenang. Belompon sempat penglipurlara membuat pengumuman peserta ketiga, secara tiba-tiba kedengaran seolah-olah satu entiti melompat ke dalam kolam dan berenang sehabis kudrat, melepasi garisan pertengahan dia kelihatan letih, namun diteruskan jugak kuakkannya, lepas gaya bebas, keluar pulak kuak kupu-kupu, dan seterusnya sampai lah dia di garisan penamat. Alangkah terkejutnya si raja dan puterinya melihatkan hanya seorang anak muda yang hampir sebaya dengan puterinya termengah-mengah bangkit keluar dari kolam.
Berkata lah sang raja kepada pemuda itu, “ Wahai anak muda, telah aku berjanji kepada sekalian rakyat jelata, engkau akan aku kahwin kan dengan puteri kesayanganku, kedua, engkau akan memegang tampuk kekuasaanku selepas aku mangkat, dan ketiga terletak atas kehendak dan budi bicaramu yang akan aku tunaikan”,
Maka si pemuda tadi dengan keletihan dan tercungap-cungap menjawab, “ baiklah tuanku, tapi boleh tak dahulukan permintaan hamba yang pertama, kemudian hamba akan ikut titah tuanku berkenaan perihal kahwin dan memegang kuasa,’ balas orang muda itu.
Selepas berfikir beberapa saat, maka raja bersetuju dengan permintaan pemuda itu. Raja pun bertitah, “ Wahai anak muda terangkanlah apa keinginanmu”, tanya raja.
Maka jawab anak muda itu, “ Tolong lah hamba, tolong hamba carikan siapakah gerangan yang menolak hamba jatuh ke dalam kolam ini tadi….” Keluh pemuda yang tak berapa nak handsome itu.
Dan terkejutlah sekalian rakyat jelata akan ketidaksengajaan anak muda yang ntah datang dari mana secara tiba-tiba, waima akan memegang tampuk kuasa kerajaan negeri.
Dan sehingga hari ini aku tak tahu apa kesudahan cerita tu, tapi cerita masih lagi terngiang-ngiang kat telinga aku sampai hari ni. “ There is a moral of the story behind the scene.. “
Posted by Emmed at 2:55 PM 0 comments
Labels: diary of jantan jalanan
Cerita 10 – Jantan Dilema - Yang Asli Dan Tiruan
Cerita 10 – Jantan Dilema 2
‘ Im not like that but I can pretend..’ begitulah antara rangkap lagu dari band Nirvana yang begitu popular sekarang ni. Sudah menjadi satu fenomena di zaman remaja aku, rata-rata rakan-rakan se’jahanaman’ memang meminati irama muzik ‘underground’. Dari lagu dan irama yang agak-agak keras, sehinggalah cara berpakaian. Simple habisss.. ! Ada antara mereka sanggup berhabis ratusan ringgit untuk kasut Converse yang nampak ‘cool’, dengan jeans straight cut warna gelap, t-shirt pon ala-ala sempoi agak-agak nampak lusuh sikit. Itu semua menimbulkan perasaan meluat buat golongan-golonga veteran lebih-lebih lagi mak abah aku. Cukup meluat kalau diorang tengok aku pakai t-shirt hitam dengan jeans gelap. Aku pon tak paham kenapa.
Tapi nak buat macam mana… diorang pon muda-muda dulu macam tu jugak. Fesyen mereka dulu-dulu pon apa kurangnya. Aku tengok pakaian diorang pon boleh tahan, dengan seluar besar, dengan kasut tumit yang tinggi, baik lelaki baik perempuan, semua suka kasut tumit tinggi tu. Itu baru betul kalau kasut tu buat baling anjing, anjing tu boleh pening dan muntah-muntah 3 hari, 3 malam. Dengan kemeja yang sendat mendat sampai tak buleh nak butang sampai dada. Geng-geng diorang pon sama jugak. Macam saja jer biar dada tu terbukak dengan baju sendat mendat tu. Aku tengok dalam album gambar la semuanya tu pon. Aku bukannya ada lagi zaman-zaman era 70an tu.
Sambil dok siapkan kerja sekolah yang ntah aku sendiri tak tahu macam mana nak buat, aku layan lagu-lagu keras dengan hasrat mata aku tak mengantuk petang-petang ni. Jam loceng dah menunjukkan pukul 15 :00 petang. Kerja sekolah aku masih lagi tak siap. Pukul 18 :00 petang nanti dah nak kena pi training bola. Malam.. ? Biasa la melepak.. ! Aku meninggikan kelantangan suara radio bila lagu ‘Smells Like Teen Spirit’ berkumandang.. Sambil tengah layan hangguk kepala tu, kaset tu boleh pulak rosak. Songol betul.. ni gara-gara bagi member pinjam ler ni. Aku paling meluat kalau orang pinjam kaset lagu-lagu kegemaran aku bila pulang balik suara dan lagu dalam kaset tu bertukar. Bagi pinjam kaset lagu Nirvana, bila pulang balik tiba-tiba jer ada lagu kumpulan Fotograf pulak dalam tu terselit satu lagu. Bongok betul. Kalau lagu rock band lain yang keras-keras sikit ada lagi la keampunan pada aku. Macam la tak boleh rakam lagu tu kat kaset lain.
Sebab tu la aku ingat pakar-pakar teknologi digital zaman aku berusaha keras mengeluarkan entiti yang bernama cakera keras, compact disc, digital video disc atau nama melayu dia DVD. Ni semua punca-punca mamat-mamat bunga ni la yang dok seronok tak ingat copy lagu guna pita kaset bila lagu kegemaran diorang dimainkan di radio. Bila bercerita pasal copy-copy lagu ni aku teringat sorang member sekelas dengan aku. Lokman nama dia, budak-budak sekolah aku panggil dia Man Longkang. Aku pon tak tau kenapa gelaran dia busuk sangat. Dengar-dengar cerita dari mulut ke mulut, mamat ni dulu selalu report kat cikgu pasal aktiviti-aktiviti geng-geng jahanam kat sekolah. Jadi diorang suspect mulut longkang mamat ni la yang selalu buat geng-geng aku kantoi baik aktivit isap rokok sampai la ke aktiviti ponteng kelas. Semuanya gara-gara mulut mangkok sekor ni. Tapi selagi dia tak kacau aktiviti aku sudah, boleh kawan. Aku jenis yang tak suka dengar cakap orang kalau bab berkawan ni. Dia baik ker, jahat ker, kaki report ker, selagi entiti tu tak kacau aku, aku tak der masalah.
Berbalik kepada cerita mangkok sekor ni. Si Lokman ni sebenarnya rajin beli surat khabar bila balik sekolah. Surat khabarnya tak lain tak bukan, Harian Metro. Aku pon pelik. Nak kata mangkok sekor ni rajin belajar tak jugak. Pandai ? Tak jugak.. silap hari bulan pandai aku sikit jer yang selalu memonteng ni dari dia yang balik sekolah pukul 15 :00 petang setiap hari sedangkan orang lain balik kol 13 :30. Aku pon pelik. Nak dipendekkan cerita kaset aku yang dah jahanam ni dia la pinjam dengan alasan nak tukar selera nak dengar lagu-lagu keras tak nak dah dengar lagu-lagu tangkap lentok ala-ala Slam, Fotograf, Scoin, UK’s adusss mamat ni apa punya selera telinga ntah ! Aku rasa telinga dia ni ada masalah dengan bunyi muzik moden berteknologi tinggi agaknya. Jadi aku pun bagi la pinjam dengan harapan lepas ni kalau dia dah tukar selera boleh la aku pinjam kaset dia. Itupun kalau dia tukar genre muzik yang sealiran dengan telinga aku. Suatu hari tu aku ternampak surat khabar yang dia beli semalam ada atas meja, jadi aku pun selak la selai dua halaman bermula dari belakang. Sorry beb, gua tak tengok nombor 4 digit yang menunjukkan jalan ke neraka tu. Mintak dijauhkan. Aku buka page belakang sebab baca ruangan sukan lebih-lebih lagi kalau ada cerita pasal team bolasepak Selangor. Baca preview game. Tengah aku selak-selak, sekali terperasan di ruangan rancangan tv dan radio tu ada tajuk lagu yang sudah di ‘highlight’ kan dengan pen pencerah. Aku rasa mual !Ada ker lagu Iwan dengan Amelina pun dia select sekali nak rekod dari channel Radio Muzik. Zaman aku radio pilihan anak-anak remaja secara ‘standard’nya ialah radio Muzik. Bukan apa diorang nak rakam-rakam lagu-lagu kegemaran diorang kat channel ni la. Pasal senang lagu apa nak ke udara malam nanti dah ada dalam senarai dikeluarkan akhbar ni setiap hari. Jadi secara tak langsung aku tau dah mangkuk mana yang tukar lagu band kegemaran aku kepada lagu-lagu yang boleh buat longkang bau wangi. Ni mesti kerja si sual ni.. ! Aku pon pasrah, kaset band kesayangan aku dah hilang identiti jantannya. Aku rasa macam nak sekeh jer kepala mangkok sekor ni ‘test pen’. Ada jugak terasa nak korek telinga dia guna pencungkil gigi yang tajam tu, biar peka sikit dengan irama muzik semasa. Dan ada jugak terasa nak bakar radio rumah dia sebab suka-suka copy lagu tak senonoh tu guna kaset aku.
Namun terpaksa aku lenyapkan rasa geram aku bila mengenangkan apa sangat la kaset tu nak di bandingkan jasa dia yang rajin ‘cover line’ aku bila aku ponteng atau pi isap rokok se’pam’ dua kat tandas. Ntah la, kadang-kadang aku terpikir jugak, kenapa dia ‘cover line’ aku tapi ‘line’ jantan jahanam lain dia suka report. Aku pon pelik.. Nak carik pengaruh kot? Senang nak suruh aku undi dia jadi ketua pelajar sekolah tahun depan. Ntah la, kalau macam tu ada ciri-ciri jadi Adun BN mamat sekor ni bila dewasa kelak.
Posted by Emmed at 10:56 PM 0 comments
Labels: diary of jantan jalanan